Di Meja Makan.
semasa aku tinggal di asrama penuh di sebuah sekolah di selangor, dewan makannya senantiasa menghidangkan juadah yang enak. menunya tidak lah sehebat mana, jenis makanan dan minuman mahu pun kuih-muih nya adalah biasa sahaja. namun semuanya sedap-sedap belaka. pendapat ini mungkin di kongsi oleh rakan rakan yang lain. sebab itulah kami tidak pernah terlepas sebarang waktu makan baik sarapan pagi. bahkan kadang kadang kami akan berlari lari anak menuju ke dewan makan.
operasi dewan makannya pun tidaklak seperti dewan makan sekolah sekolah asrama yang pernah aku tempuhi dahulu. makanan dan minuman akan siap terhidang di atas meja, melainkan sarapan dan minum malam. seingat aku tiada pergaulan yang rapat pun antara pelajar-pelajar dan kakitangan dewan makan. tidak seperti sekolah terdahulu ketika aku di lantik menjadi AJK dewan makan, begitu baik dengan kakak-kakak dan makcik-makcik yang bekerja di sana, lebih-lebih kepada 3 orang kakak-kakak yang bersahabat baik. sampailah aku ke kampung halaman mereka beberapa kali.
kadang-kadang apabila menghadap makanan yang enak terhidang di atas meja, sambil menunggu semua pelajar mengambil tempat masing masing sebelum doa makan di bacakan, aku akan teringat kepada keluarga di rumah; emak,ayah, adik adik dan kakak kakak ku. apalah yang mereka sedang makan agaknya? adakah sesedap makanan yang akan aku nikmati ini?
hati aku sebak malam ini tika melihat juadah yang tersedia di atas meja makan. hampir hampir aku menitis kan air mata. cepat cepat aku tarik nafas panjang sambil cuba membunuh perasaan sayu. diam diam aku mengais ngais nasi yang panas menunggu ia sejuk sedikit. cakap pun rasanya tak berguna, tinggal lah aku tanpa suara. hanya berbicara sendiri, di dalam hati.
- 280905. sa. -
- picture : chilled by nasigoreng.deviantart.com -
3 Comments:
tak baik nangis depan rezeki
This comment has been removed by a blog administrator.
tader nanes pun :)
Post a Comment
<< Home