Tuesday, May 19, 2009

Idzinkan Pak Cik Bertanya ...

tahukah anda ... negeri Perak adalah negeri Melayu yang terkaya suatu ketika dahulu. malahan ia adalah negeri pertama yang menikmati kekayaan. hasil utama nya adalah bijih timah. kemudian barulah lembah kelang ataupun selangor (sebelum kuala lumpur di Wilayah Persekutuan kan).

tak perlulah nak bukak buku sejarah, pergi librari atau pun bukak arkib utk memeriksa kenyataan di atas. bukti jelas dan nyata depan mata ... no plat kereta :p

sudah dan pernah pak cik nyatakan dahulu bahawa sistem pemerintahan negara ini adalah sistem Raja Berpelembagaan atau Raja Berparlimen. Sistem yang mengikut acuan tuan penjajah kita dahulu, negara British yang juga masih di guna pakai di sana. Kuasa pemerintahan adalah di Parlimen yang di terajui oleh Perdana Menteri atau pun bagi negeri2 terletak pada Dewan Undangan Negeri di terajui oleh Menteri Besar/Ketua Menteri.

secara ringkas dan mudah, kuasa Raja dan Agung adalah terhad mengikut Perlembagaan dan undang2. kuasa eksekutif adalah di tangan wakil2 rakyat dan wakil parlimen yang di pilih oleh rakyat menerusi pilihanraya.

ini adalah perkara asas.

situasi berkecamuk dan huru hara di negeri Perak sekarang ini adalah berpunca dari kurang faham dan salah tafsir mengenai sistem pemerintahan di atas. di burukkan lagi oleh perasaan tamak haloba, gila kuasa, takbur dan ego oleh wakil2 rakyat nya. di simpul matikan lagi oleh faktor2 politik di luar negeri Perak.

berapa lama keadaan tersebut akan berlarutan? akan lahirkah seorang hero atau penyelamat yang mampu memperbetulkan keadaan?

tepuk dada tanyalah orang2 Perak sendiri. tetapi jika mengikut sejarah, lambat lagilah jawab nya.

tahukah anda, negeri Perak mempunyai jumlah perwakilan yang paling ramai di mesyuarat agung Umno? setinggi manakah jawatan dan kuasa yang pernah perwakilan nya menang dan jawat dalam organisasi kebangsaan Umno?

.

* yeop .. jgn mare aaa yeop. no ic pak cik 08 tau kat tgh2 tu :p

** terpanjang lak ngomel pak cik. ampunnnn ..

9 Comments:

Blogger zura lias said...

sy pun 08 gak pokcik..hiks..

7:50 PM  
Blogger Jie said...

saya 08 kat belakang..hehe

9:58 PM  
Blogger MZ said...

errr .. ni geng 08 ek? :p

11:39 PM  
Blogger MOLY said...

bab sejarah awal2 tertubuhnya negeri perak saya tau pakcik

tapi sekarang ni politik kat negeri perak x sudah2 jadi fed up pulak nak amik tau

jangan mare nooo pakcik !!

saya ic tengah 14 :D

9:41 AM  
Blogger MOLY said...

alamak lupa lak ..
pakcik .. saya lahir bulan 08
heheh ~

nak la geng jugak kan
dalam ic sah sah ada no 08

:D

9:42 AM  
Blogger MZ said...

mcm mana worang no ic 14 leh tahu sejarah awal tubuhnya negeri perak? heran bin ajaib nih :))

* no 14 tu negeri mana eh? california?

2:20 PM  
Blogger Oren said...

maaf, nak menyampuk..
Jumlah perwakilan UMNO teramai adalah Johor kerana mempunyai 26 bhgn diikuti Sabah 25 bhgn dan kemudian Perak 24 bhgn. kalau dicampurkan dgn mkt pun saya rasa johor menang lagi. kalau tak silap kiraan sayalah..

11:15 PM  
Blogger Oren said...

This comment has been removed by the author.

11:15 PM  
Blogger MZ said...

alamak ...
sudah silaps fakta plak ;))huhuhuhu

2:27 PM  

Post a Comment

<< Home