Wednesday, June 14, 2006

Jom Kawen!!

aku nak citer pasal kawen. dah lama nak citer tapi asik terlupa jek. seblom aku terlupa lagi meh aku kasik stori dulu.

Kenduri :

aku ni jenis malas nak gi kenduri kawen. sebabnya aku ni bukan nya suka sangat makan lauk kenduri kawen ni. sebabnya? manyakkkkk ... kalo bebudak opis aku yang kawen jarang la aku pergi. kalo yang betul2 rapat jek baru aku gi. then selalunya aku gi sensorang jek. anak bini aku tak bawak. sampai bini aku tanya naper tak bawak dia? suka sangat gi kenduri kawen macam org bujang. ye lah kan. kenduri kawen slalunya masa cuti sekulah. biasanya masa cuti sekulah aku antar anak bini aku balik kampung. dah tu tak kan la aku nak pi amik dia pergi balik semata-mata nak gi kenduri kawen kan? kan.. kan? one day affair je tu.

cuti sekulah baru ni, member lunch sparing aku kawen. jadinya kau kene pergi lah kan. anak bini aku lak ada kat sini. aku pun bawak la depa sekali.

modus operandi aku kalo gi umah orang kawen ni lain skit dari orang lain. kalo member lah kan. biasanya aku gi lambat2 skit. paling awal dalam kol 3 mcm tu. sebabnya ... satu .. tak ramai org. tak sesak lah. dua ... takmo jumpa bos2 aku. (aku kan low propail :)hehehehe). tiga ... aku leh lepak lelama sembang2 sesama member yang ada, sembang sesama pengantin, sembang sesama mak bapak pengantin. tapi setakat ni lom lagi la aku sembang sesama pengapit penganten pompuan ... :) huhuhuhu. yang paling beshnya bab ni adalah ... bukan sembang kusun jek. ada lah air panas .. leh order nak teh tarik ke. kupi tarik ke. blek kupi ke. pas tu bukan air bujang je beb. ada la kuih muih nya. tak pun kerepek. jadik kedai kopi la umah pengantin tu aku buat.. :)) ekekekeke. lepas rilek2 lelama skit baru blah. dlm kol lima ke. kol 6 ke. kalo lelama kang ... kaco lak pengantin nak beradu nanti.

lagi satu protokol aku ... mesti ada upacara usik mengusik penganten. :)) kalo aku dok berbisik tu ada lah kan soklan2 cepumas under Official Secrecy Act (OSA). mcm ari tu .. kau panggil penganten pompuan tu. aku cakap sama dia ... "mrs x! x ni ada cita-cita, dia bagitau saya sebelom dia kawen" aku cakap sama dia. penganten lelaki a.k.a. member aku dah pucat ... risau dia apa la aku nak gebangkan tu. "dia ni sebenarnya kan ... dia bercita-cita nak jadi suami mithali!" aku bagitau penganten pompuan. "iyaaaaaaaaaa....!!" sahut si penganten pompuan sambil terus pegang tangan laki dia. sib baik org ramai... kalu tak dah peluk dah tu. member aku si penganten lelaki tu senyum jek. lega lah tu. dia dah cuak dah tu memula. :)) ekekekeke.

Seblom Kawen. Selepas Kawen :

Member aku tu memang terkenal dengan sikap playboya nya. sampai kita org pun tak tahu mana satu gelpren dia yang sebenarnya. ntah yang mana satu yang dia serius nak kawen. sampai la dia bertunang ngan si miss x tu. lepas bertunang pun sama jek pangai dia. bahkan sebulan seblom kawen lagi hebat lak dia. sampai aku ngan member2 aku yang lainnya siap tanya dia soklan cepu perak : "Kau ni betui ke nak kawen ni?". kita orang pun siap psycho sama dia ... tak baik kuar ngan pompuan lain kalo dah nak kawen tu. nanti pompuan tu suka .. dah kecewa. tak baik kecewa kan orang. "tak baik memainkan hati dan perasaan perempuan ni" our last word pada dia. sebenarnya tu lah aktibiti kita orang. dok teasing jek. sesapa punya nasib jadik mangsa nasib lah kan.

budak pompuan yang dia bawak kuar tu pun dah start panggey dia sayang. tak kira lah kan... masa sms ke. masa berborak biasa ke. tu yang kita orang psycho dia tu. ntah apa mimpi dia pada satu malam tu dia pun slow talk lah ngan budak pompuan tu. dia mintak maap lah ngan budak pompuan tu kekalau dia terlanjur kata buat budak tu sayang kat dia dan mengecewakan hati dia sebab dia dah nak kawen ni. budak pompuan tu pun jawab "la...perasan la awak. sumer orang kita panggey sayang tau".

kene gelak lagi la member tu. kesian dia. kita org tease jek dia. budak pompuan tu dah tau dari mula yang member aku ni dah bertunang. dia kuar gak ... pandai la dia jaga diri kan. kan ... kan?

Cobaan :

Masa member aku tu dok citer yang dia dok kuar ngan pompuan tu .. aku ngan member aku pun warning lah dia. soklan cepumas lagik satu "Is it worth it?". makna kata nya ... sanggup ke dia kehilangan tunang dia tu dek sebab pompuan lagi sorang ni. lepas pikir beberapa ketika ... dia kata tak sanggup. tapi ari senin depan nya dia dok citer yang dia dok kuar ngan pompuan tu lagik. :)) ekekekeke. ada unpinis job lah tu. lepas tu lah slow-slow dia bagitau aku yang lepas kawen dia akan berhenti lah kuar ngan pompuan2 ni. nak jadik somi mithali katanya.

datang plak member lagi sorang. lepas setahun lebeh kawen baru lah bini dia mengandung. dah 3 4 bulan. tetiba dia dtg citer sama ngan aku ... ada budak opis dia tunjuk minat sama dia. budak pompuan tu lawaaaaa.... putih.... gebus lagik. dia pun tanya la pendapat aku mcm mana nak wat. aku pun sound la dia "kau jangan nak mengundang geruh!". sebenarnya aku ulang kata-kata kawan aku yang pernah di ucapkan pada aku satu ketika dahulu. kawan aku tu dia lah gak. :)) ekekeke.

kalo masa kes aku dulu pandai lak dia berkata-kata. kene batang idung sendiri baru tau. baru tau mengelabah tak tau nak wat apa. aku dulu pun tader lak mintak pendapat dia pun. dia pepandai jek sound aku.

Kaber Line :

Masa lelepak kat kedai mamak tu tetiba member pompuan datang juin. Miss Y lah panggey dia ehh. dia ni tunang member kita org gak. tunang dia a.k.a member kita org outstesen masa tu.

dah lelepak tu terkeluar la citer member kita org yang nak kawen tu. Miss Y ni tanya la kita org... mcm mana member yang nak kawen tu? Dia pun bukak la citer yang dia pernah nampak member tu kuar ngan pompuan lain, bukan ngan tunang dia.

"eh tu cousin dia" aku jawab.
"a'ah. dia tu ramaiiiiii cousins" jawab member alu lagi sorang.
"cousin apa kalo dah melentok2 semacam jek" jawab si Miss Y.
" eh jangan. cousins dia sumer cenggitu" jawab member aku lagi.
aku pun sounds la miss y. yang member kau tu bercita-cita lepas kawen dia nak jadik somi mithali.
"ye ke! sejukkkkk perut Y dengar" jawab si miss Y.
"apa hal perut ko nak sejuk? ko bukannya mak dia" jawab member aku.

Sekian. Pada yang baru kawen tu ... slamat penganten baru. yang maseh bertunang tu... bawak bersabor bebanyak. cepat2 lah kawen. payah2 kawen gantung jek. setel ...

.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home