Wednesday, January 24, 2007

Wasiat Pak Cik.


sudahkah anda membuat wasiat? jika belum, mengapa? bila pula anda akan membuat wasiat?

tanggapan umum hanya mereka yang kaya dan berharta yang perlu membuat wasiat. manakala mereka yang miskin dan hidup berhutang tidak perlu. termasuklah tuan empunya blog ini :D.

tidak kurang pula segelintir beranggapan bahawa wasiat tidak perlu kerana setelah kematian sistem faraid seperti yang telah termaktub dalam hukum syariah akan berkuatkuasa.

mungkin juga ada faktor emosi seperti khuatir anggota famili dan mereka yang tersayang akan terasa kecewa, marah dan tidak puas hati akan isi wasiat iaitu pembahagian harta sekiranya mereka mendapat tahu isi kandungan wasiat yang di buat.

walau apa pun wasiat adalah perlu kerana realitinya setelah pemergian seseorang tanpa meninggalkan wasiat, mereka yang di tinggalkan tidak mendapat harta2 peninggalan secara automatik seperti yang disangka. malah ia akan mengambil masa yang lama lebih2 lagi jika terdapat sebarang campurtangan tindakan undang2 dari sesebelah pihak yang tidak puas hati dengan pembahagian harta. sekiranya itu berlaku maka ia akan mengambil masa bertahun2. proses undang2 untuk pembahagian harta tanpa wasiat mengikut peruntukan undang2 akan mengambil masa sekurangnya 2 tahun. sekurang2 nya. kebiasaannya 4 tahun. kosnya juga adalah mahal.

wasiat akan memendekkan masa tersebut dan menjimatkan kos.

perlu di ingatkan bahawa penamaan waris untuk wang KWSP adalah tidak tertakluk kepada undang2 pembahagian harta mahupun wasiat. sebarang penamaan adalah mutlak.

bagi mereka yang tidak berharta seperti tuan empunya blog ini, sekurang2nya pastikan penamaan yang betul telah di buat untuk wang KWSP :).

.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home