Wednesday, May 23, 2007

errr ... aku kebizian.

pak cik ader meeting belah pagi dan petang semalam. tambahan lagi pak cik agak mengantuk dan letih. jadi nya tak dpt lah pak cik nak lelepak lelama kat blog pak cik nih ngan blog rerakan blog sumer, hanya sempat 'melontarkan' beberapa komen yg tak seberapa tanpa dpt 'menggali' emosi dan 'melahirkan mood' yang sesuai. justeru itu 'penguasaan ruang2' presentasi mungkin agak terbatas.

petang ini terdapat satu lagi mesyuarat sistem ERP selepas ini akan tiada lagi mesyuarat dan latihan2 selama 3 minggu di mana waktu ini akan di isikan dengan usaha dan kerja mengenal pasti 'tuan data' sistem untuk di migrasi kan ke sistem yang baru.

bermula jumaat ini sekolah akan bercuti selama 2 minggu. kemungkinan besar pak cik juga akan 'hilang' dalam tempoh yang sama atas beberapa urusan. mungkin pak cik hanya akan dapat menghadirkan diri ke pejabat untuk beberapa hari sahaja. bermakna blog ini juga akan menerima nasib yang sama. namun segala nya belum pasti lagi. kita lihat sahaja apa yang bakal berlaku.

bila hari panas kau harapkan hujan
bila hari hujan kau harapkan mentari kan kembali bersinar
bila hari malam kau nantikan sinar fajar
bila mentari muncul kau merindukan sang purnama

bila kekasih hati ada di sisi
dapatkah kau melupakan segala
dan mendakapnya penuh mesra
seolah olah dunia ini hanyalah kau dan dia semata mata?


* pinjam kata2 kunci dari af5.

4 Comments:

Blogger aria ayumi said...

hehe dh pandai guna ayat2 af erk...tp, af dh abesh ler pakcik.. :p pakcik nak ilang pegi mana? :( jgn ah ilang lelame. klw nk ilang pun, pastikan jenguk diya tau... hehe :p

10:46 AM  
Blogger MZ said...

begheh dak diya ... ;)) huhuhu

10:57 AM  
Blogger zura lias said...

pokcik..kalo ilang..jgn lupe pos kenny rogers ek..terliur dah ni...^_^

12:46 PM  
Blogger MZ said...

postor! psotor! guana nak pos? alamat pung tak dop :p

1:29 PM  

Post a Comment

<< Home