Wednesday, May 14, 2008

titik titik noktah ...

semalam, 13 mei, adalah satu dari antara tarikh2 yang penting dalam sejarah malaysia. pergolakan dan rusuhan perkauman berlaku dalam tahun 1969 kalu tak silaps. telah lama peristiwa itu berlaku. puluhan tahun.

seorang politikus memberi komen, setelah sekian lama peristiwa itu berlaku, kekalahan besar parti kerajaan, kemenangan besar parti pembangkang, tidak berlaku pun rusuhan itu lagi. ini menunjukkan masyarakat kita telah matang. hampir tersedak pak cik di buatnya. seperti benar sahaja dakwaan si politikus itu.

suatu faktor yang membimbangkan pak cik adalah, kekalahan parti kerajaan sebenarnya tidak mendatangkan natijah yang di harapkan. mereka masih berada di awang2an. tidak berpijak di bumi yang nyata. masih tidak menyedari masalah dasar yang dihadapi oleh masyarakat umum. mungkin di sebabkan perjuangan mereka sebenarnya adalah berdasarkan kepentingan diri sendiri walopun mereka berkokok demi maruah bangsa, kununnya. dan jika benar sekali pun mereka berjuang demi bangsa, itu juga bukan landasan yang benar.

buatlah sesuatu demi yang Esa. itulah dasarnya yang hakiki.

.

13 may 1994 juga adalah tarikh keramat buat pak cik dan bini pak cik. itulah tarikhnya kami memeterai perjanjian berpasangan. berlatarbelakangkan dataran merdeka. sebelum kami mengikat hubungan dalam ikrar perkahwinan 2 tahun setengah kemudian nya ...

walau apa pun berlaku selepas ini, tarikh2 itu akan terus tersemat di dalam memori.

4 Comments:

Blogger Jie said...

13 Mei 1994 tu ade rusuhan tak?

2:14 PM  
Blogger zura lias said...

sampuk komen kak jie -> ada..ada...rusuhan awek2 pokcik yg pokcik tinggalkan demi gf skarang wife yg tercinta...ahakz..

3:33 PM  
Blogger MZ said...

kujie. manader rusuhan :p. aman damaiiii jek ;))

juera. hep hep! x baik tau :p

3:37 PM  
Blogger aria ayumi said...

eheh. rujuk komen kak zura. tak tahu lak diya ex-aweks pakcik rmi yg uat rusuhan sbb pakcik kawen ngan wife pakcik. eheh. :p

6:25 PM  

Post a Comment

<< Home