Andai Ada.
hari ini, pagi ku di sambut dengan kata-kata "i need you". termangu aku seketika. kata-kata di ucapkan oleh seseorang yang aku cuba jauhkan diri dari nya. kerna pernah dia menjauhkan diri malah menghilangkan diri dari ku. kerna setiap kali berbicara dengan nya, bait-bait sindiran sinis dan unsur-unsur tidak percaya akan terselit dan terbit dari nya. juga kerna aku rasa lebih baik untuk diri nya jika aku hilang begitu saja dari hidup nya.
tanpa prejudis, sebenarnya telah sekian lama aku menyerah dan mengalah kepada panggilan sedemikian. atas nama pertolongan. atas nama pengorbanan. atas nama ihsan. atas nama pengabdian kepada Tuhan. kepentingan diri sendiri aku tolak ke tepi. kebahagian hati sendiri aku jadikan perkara kedua. kedukaan dan kekecewaan aku teguk sentiasa. kekesalan dan kemarahan aku mamah. itu semua sudah menjadi asam ragam. tidak mengapa dan tidak apa adalah kata-kata pujukan membujuk hati sendiri.
tapi kini, rasa nya aku tidak mampu lagi berbuat demikian. aku tidak lagi segagah dulu. aku bukan lah perwira abadi. hati ku mungkin sudah tiada punya ruang untuk di sakiti lagi. ketahanan daya mental dan fikiran ku mungkin tidak setegar dahulu. perasaan ku kini mungkin begitu mudah tersentuh, tidak seperti dahulu.
aku kini hanyalah seorang manusia biasa bernama lelaki. yang serba daif dan lemah. menanti dan menunggu. jika-jika masih ada yang sudi. berkorban dirinya untuk diri ku. seperti mana yang aku sendiri pernah berbuat berkali-kali, satu ketika dahulu.
jika ada.
8 Comments:
satu je..
jangan pandang blakang!
iyo lah ... x pandang dah :p
aduh pakcik..nampak sedih jer..
nun di luar sana..langit seakan mendung menantikan hujan..moga mentari senja kan bersinar indah semula :)
tu la tuh dak endah. asik ujan jek skrg nih ...
pokcik, kalo den le ade org ckp cenggitu..x tido 1 hari...hikss..;))
skrg pun pak cik tak leh titon :((
zack ..apahak ntha kau ni sepnajang mengular ni duk baca entry ko je....
aku pun bukan pandai sangat sebab ko la yang selalu jadi tempat aku mengadu nasib bila aku ada masalah ngan buah hati aku tu...
Macam ni la ..ko jangan pandang belakang..melalui sesi pertemuan kongan family ko bersama aku ngan yatt..aku rasa ko bertuah sangat...anak2 yang comel....yang chubby...yang bijaksana...dan dianugerahkan isteri yang cukup cantik.....sangat la cantik..manis...dan setakat yang aku berpeluang sembang2 dan berjumpa dengan family ko aritu aku rasa dia cukup sporting!hehehhehe....aku ngan yatt pun tak sangka penerimaan isteri ko bila tahu ko kawan ngan owang yang macam kami ni....kami memula takut tapi alhamdulillah..memnag isteri ko sporting sangat...
Jangan pandang belakang...kuatkan semangat ko macam ko nasihat kan kat aku selalu...terima kasih sebba ko anggap aku ngan yatt sahabat ko..ko banyak bagi nasihat ngan tunujuk ajar kat kami yang masih muda2 belia ni ahaks....ha ko jangan tanya lagi soklan cepu emas tu lagi..kang den lotupkan blog ko hahahhahahahhaha...
Apa pun aku doakan ko sentiasa happy ngan keluaraga ko...hidup aman damai dtiada gangguan luar ..abaikan makhluk itu..ignore kan dia dalam hidup ko...nyah kan dia....yatt ada cerita gak pasal budak tu..dia ada baca gak blog budak tu...aku rasa budak tu langsung tak layak buat ko..langsung tak layak nak ganti atau ambil alih tempat isteri ko yang tersangat la baik dan cantik itu...dulik apa orang nak kata ...yang penting ko bahagian anak2 ko ngan isteri ko tercinta...
ko jangan amik ati plak tapi apa yan aku cakap ni ikhlas....
ho la. ho la :p ... nanti aku pikir pikir kan ekk ... *x amik ati pun*
Post a Comment
<< Home