Sunday, April 08, 2007

retro : minggu lepas.



to recap what heppen last week.
tetiba pak cik putuskan untuk 'bermogok lapar'* selama 5 hari. rasanya pak cik pernah berniat untuk berbuat demikian. tapi sebab dah lama pak cik terlupa pulak untuk apa dan mengapa. cuma pak cik teringat2 pernah memasang niat sedemikian. jadi pak cik putuskan buat je lah. tak elok tangguh lelama. tertangguh tu pun sebab banyak songel nya. tak sempat sahur lak. tak sehat la. nak start bersenaman lah. pendek kata macam2 alasang nya.
sempena dengan itu pak cik pun putuskan untuk kurang bersuara dan berkata-kata sepanjang tempoh 5 hari tersebut. sampai bos pun siap cakap pak cik kurang produktif dalam berkata-kata semasa mesyuarat. kurangkan berkata-kata ini termasuklah untuk blog ini. sebab tu lah pak cik tak bubuh blog pepanjang. tulis sesikit jek apa yang terlintas dalam hati semasa pak cik buka blog ni.
tapi ari jumaat tu pak cik melenting skit. bebudak opis ni pun dah kecut semacam. memasing saspens jek ngan pak cik. nak hantar dokumen untuk di tanda tangan pun siap pekse dulu ngan bebudak lain samada mood pak cik ok ke tak? sebenarnya pak cik ok jek. cuma pak cik melenting sebab di beri maklumat yang salah. dan ketika mesyuarat mingguan pak cik pun bagi lah maklumat yang salah itu pada pihak pengurusan. terasa seperti pak cik menipu pengurusan atau pun memberi maklumat yang tidak tepat dan mengelirukan. pak cik angin pun terhad kepada isu tersebut. takde la worang lain kene marah. tapi yang terlibat dengan isu tu, termasuk 'appointed forwarder agent' pak cik sound direct jek. general manager ke apa ke pak cik 'bagi' jek.
prestasi kerja pak cik pun sebenarnya agak kurang produktif minggu lepas. bukan sebab 'mogok lapar'. sebab takde mood kut. akan tetapi pak cik berjaya membantu Jabatan Akaun membetulkan satu maklumat kurang tepat dalam akaun yang di kesan oleh juruodit luar. nak betulkan yang salah tu bukan senang sebab nya (1) melibatkan trade debtor reconciliation (ledger) & trade debtors accounts in GL (trial balance) (2) dalam matawang US Dollar (3) sistem perakaunan berkomputer. bebudak yang tak tahu bab akaun kalo tak paham jangan kecik hati. masalah ni silap2 akauntan bertauliah pun tak paham. kene lah bebudak akaun tu belanja pak cik seminggu, tapi makan sayur jek. pak cik kan diet :)) ekekeke.
ari sabtu dan ari ni ari minggu tak leh gi memana. kene kerja. sabtu malam tu tak leh nak gi meronda2 mcm biasa sebab pak cik kene uruskan penerimaan satu penghantaran dari Norway yang tiba kol 11.40 malam. esok nya atau pagi tadi kene dtg opis lagi pepagi sebab kene 'unpack' shipment malam tadi. nak bukak crate kayu tu. nak erect the stainless steele cabinets. nak susun lagi kat staging floor. kol 10 baru leh balik lepas bebudak engineer ngan 'fabricator' bleh start keje dia worang. petang ni dtg lagi ke opis. dak2 engineer tu nak barang yang tersimpan dalam stor. ni pun sampai malam nanti tengah standby kut ada depa nak barang2 lagi. sian depa kene keje 24 jam kene siapkan 'control panel system' untuk di uji oleh kastemer esok.
minggu depan ni mcm mana ehh? harap2 pak cik akan dapat meningkatkan prestasi kerja. dan harap2 sangat lah rezeki pak cik di murahkan oleh Dia Yang Maha Berkuasa dan Maha Pengasihani. ameennnn.**
* 'mogok lapar' pak cik panggil bila di tanya orang sebab pak cik ni jantan kabaret banyak dosa. orang beriman panggil 'puasa'.
** ntah makbul ntah tidak doa org yg banyak dosa nih? :(
pic. : Friendship by WickedNox @ deviantart.com

3 Comments:

Blogger aria ayumi said...

pakcik ni mogok lapar ke pose ganti... ngeh3 :p insya Allah, rezeki Tuhan ade di mane2... diya doa gaks moga pakcik dimurahkan rezeki... amin... :)

5:18 PM  
Blogger MZ said...

timer kaseh .... *pak cik poser mcm2 tu. sunat ada. ganti ada. wajib pun ada sebab bayo niat. nak kurus ada. nak kurangkan isap rokok pun ada dan seterus seterus nya ...

5:26 PM  
Blogger aria ayumi said...

huhu bagus2 tuh... teruskan usaha mogok lapar... selaen sume2 reason tu, pahala pun byk pakcik... ngeeee keep it up! usaha tangga kejayaan :p

5:41 PM  

Post a Comment

<< Home