Retro : The Origin.
yang sebenar nya, semasa pak cik mula-mula letak tajuk retro ini, pak cik hendak menulis tentang perkara lain. tapi lain pulak yang tertulis. mungkin di sebabkan sukar untuk melahirkan apa yang terbuku di hati dan apa yang terlintas di minda, akhirnya tertulis lah blog Retro yang berbahagian2 di bawah.
kali ini biar pak cik cuba sekali lagi.
sebenarnya pak cik mendengar lagu-lagu lama. antaranya lagu Zaiton Sameon 'Berendam Air Mata', lagu Iklim 'Hakikat Sebuah Cinta' dan lagu Duran-Duran 'Come Undone'. seronok plak dengar lagu-lagu lama ini untuk melayan perasaan. lirik lagu-lagu lama yang pak cik dengar ini memang sebijik-sebijik terkena batang hidung atau pun menusuk kalbu. jadi nya seronok lah pak cik melayan hati yang lara.
Lirik lagu 'Berendam Air mata' :
Biar apa yang kau katakan
terhadap diriku ini
namun ku kan tetap bersabar
menelan pahitnya
sebelum kau kenal
hati nurani ku
awaslah kata mu
andainya
kau dpt menyelami hati ku
pasti kau tahu betapa pedihnya
hidupku sering berendam air mata
sejak cintaku hancur dan musnah
sepiku bersalut rindu
tak siapa yang peduli
di sini ku masih berdiri
merawat perasaan
isteri pak cik pun tidak senang duduk bila tengok pak cik layan perasaan dengar lagu-lagu jiwang ini. "alahai sedihnya saya tengok awak. pergi lah pujuk dia balik. saya redha kalau itu yang buat awak bahagia" dia cakap. bukan sekali dua isteri pak cik cakap macam itu. samada dia ikhlas atau tidak, biar lah Tuhan sahaja yang menentukan. cuma pak cik buat dengar tidak dengar sahaja. bukan dia tahu pun apa sebenar nya yang bersarang dalam hati dan kotak pikiran pak cik ni. putus cinta bukan lah masalah pokok nya.
sebelum nya bila pak cik beritahu isteri pak cik, pak cik bercinta ini kerana Tuhan*. mula-mula dia senyap, lama-lama dia bersuara lah juga dengan nada dan perkataan yang mencerminkan dia macam tidak percaya. pak cik tak salah kan dia. bila pak cik beritahu perkara yang sama pada bekas kekasih, dia pun sama macam percaya dengan tidak percaya. pak cik pun tak kisah sebenarnya. bagi pak cik ini urusan pak cik dengan Tuhan. Dia Maha Mengetahui.
ada ketika nya pak cik rasa pak cik ni cerdik orang nya. cuma malas sahaja. akan tetapi dalam soal kehidupan ini, pak cik cukup sedar pak cik tak tahu apa-apa pun. semua keputusan di buat berdasarkan fakta-fakta dan apa yang pak cik rasa. mungkin sebenarnya ada fakta-fakta dan perkara lain yang pak cik tidak tahu dan tidak sedar. sebab itu pak cik selalu berdoa di tunjuk kan jalan yang betul. walaupun mungkin niat pak cik dah betul, tapi betulkah tindakan yang pak cik ambil?
pak cik pun tidak mahu berkisah panjang lebar pasal masalah cinta yang putus ini. sebab pak cik pernah berjanji pada diri sendiri, sekiranya cinta ini putus di tengah jalan, pak cik tak akan sesekali membicarakan nya di blog ini atau di tempat lain sebagaimana yang pernah pak cik buat dahulu. hendak membicarakan nya dengan orang lain pun jauh sekali. pak cik tiada teman untuk meluahkan perasaan. sendiri merajuk pun sendiri yang pujuk.
katalah niat pak cik itu betul, pak cik tak merasakan itu lah cinta teragung yang perlu pak cik tangisi dan meratap. pak cik sedar cinta sesama manusia ini apa lah sangat jika cinta pada Tuhan dan Rasul tidak sampai ke mana. bolehkah kita mengagung-agungkan cinta kita lah yang paling sejati, paling murni, paling suci dah gah sekali sedangkan sembahyang lima kali sehari pun tak cukup, amal fardhu yang lain pun entah ke mana, yang sunat apatah lagi. yang paling menggusarkan cukupkah apa yang kita amalkan sebagai bukti cinta pada agama? justeru itu sekiranya cinta sesama insan kita gagal, tak malukah kita untuk meratap dan bersedih? tidak malukah kita sehingga kita buat perkara-perkara yang merosakkan diri sendiri?
masih pak cik ingat dengan jelas, ketika pak cik di asrama dahulu, ketika pak cik cuba-cuba untuk khusyuk dalam mengerjakan semayang yang akhirnya pak cik tidak berjaya, rakan di sebelah pula sedang sembahyang dengan air mata yang bercucuran dan teresak-esak. malu sekejap pak cik. ketika pak cik sibuk bermain-main dan berborak-borak dengan rakan-rakan yang lain di asrama membuang masa, ada terdapat rakan-rakan sedang menghafal surah yasin dan surah-surah yang lain. sedang pak cik tido di tengah malam dalam bulan puasa, ada rakan-rakan yang lain berqiamul-lail di masjid dan membaca al-quran di masjid secara relahati tanpa di suruh-suruh dan di paksa-paksa.
sebab itu lah sedih macam mana pun, terpaksa lah pak cik teruskan berjalan meneruskan kehidupan. ada tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak, kepada mak dan ayah dan ahli keluarga yang lain, kepada rakan-rakan sekerja, kepada syarikat pak cik bekerja dan yang lain-lain nya yang perlu pak cik lunaskan. dan tanggungjawab yang paling penting adalah untuk terus mencuba menjadi hamba nya yang soleh.
perasaan yang tak betul ini pak cik layan-layan kan dengan pelbagai cara. hendak mengadu pada orang lain, pak cik tiada tempat mengadu. untuk memujuk hati sendiri, terpaksa lah pak cik dengar lagu-lagu jiwang atau pun lagu-lagu yang pak cik minat, menulis puisi, layan cerita komedi, layan saluran Arab dalam Astro dan macam-macam lagi. ini cara yang 'lagho'. cara yang elok sedikit, pak cik baca lah quran, selepas maghrib selalunya, cukup-cukupkan semayang lima waktu, banyak-banyakkan berdoa, layankan anak-anak pak cik punya kerenah, cuba berbuat baik dan berniat baik sepanjang waktu dan ketika. selebih nya pak cik bertawakal, berserah kepadaNya. moga perkara yang baik akan lahir dari semua ini.
pernah pak cik berjanji, sekiranya cinta ini musnah, pak cik akan menukarkan diri samada menjadi jantan kabaret yang jati dan sempurna atau pun menjadi insan kamil. jalan-jalan yang akan pak cik lalui di masa akan datang ini, tindakan-tindakan dan keputusan yang akan pak cik ambil, akhirnya akan menentukan diri yang mana satu yang pak cik akan jadi. terpulang lah pada takdir pak cik.
sedih itu memang lah bukan nya elok sangat. tapi ada juga yang baik terhasil darinya. walaupun pak cik tak cukup tidur, pak cik sekarang ini boleh pula bangun awal pagi, dan yang hairan nya pak cik boleh bangun sendiri tanpa di gerak kan macam dulu. mungkin sebab pak cik tidur tak lena dan tidur ayam sahaja. perut pak cik pun dah kempis sedikit sebab tidak berapa selera hendak makan. kunun-kunun nya diet. tapi makan asap rokok tu laju sahaja.
memang betul hati pak cik tak berapa tenang sekarang ini. asyik hendak marah-marah sahaja. muka monyok. senyum pun kurang. hati sedih dan fikiran pun kusut. tapi masalah putus cinta bukan lah sesatu faktor pencetus nya. banyak lagi masalah-masalah lain. masalah karier, masalah orang tua yang uzur dan kurang sihat, pelbagai masalah di tempat kerja dan yang paling membebankan adalah masalah untuk merubah diri kepada yang lebih baik dari segi kesihatan, fizikal, kebendaan dan juga rohaniah.
itu lah dia masalah nya yang sebenar. untuk bekas kekasih hati, pak cik sudah mencuba yang terbaik. mungkin masih belum cukup baik kerana itu ia nya musnah. apatah lagi yang dapat pak cik lakukan? sedang itu lah yang terbaik yang pak cik dapat lakukan berdasarkan kemampuan pak cik. terpaksa lah pak cik redha dan biarkan yang berlalu biarlah berlalu.
sekarang ini pak cik lebih fikirkan untuk mencapai impian pak cik. melunaskan janji-janji pak cik. menunaikan tanggung jawab pada orang sekeliling. mungkin pak cik terlebih memberi tekanan kepada diri sendiri. entah la.
hidup ini adalah perjuangan antara berbuat perkara baik dan jahat. apa yang terjadi di kemudian hari .. terpulang lah kepada masa dan keadaan. pak cik pun sendirian sahaja berjuang. memang hendak berbicara sangat dengan mak dan ayah, tapi lidah cukup kelu. hendak juga berbicara dengan isteri, tapi itu lah, mungkin sebab sudah sekian lama terdapat jurang komunikasi. teman berbicara? entah la.
mungkin elok juga pak cik sendirian sahaja. tiada lah yang terluka nanti. terpaksa lah pak cik menjaga tingkah laku dan budi bicara agar pak cik tak rapat dengan sesiapa dan tiada sesiapa yang rapat dengan pak cik. kalau terpaksa buat bodoh tu ... terpaksa lah buat bodoh. walau secantik mana pun bidadari yang datang menghampiri. tinggikan hidung yang tak mancung, layangkan ego ke langit, awasi lidah dan usah terlalu manis menutur kata, inilah yang pak cik lakukan sekarang. walau pun itu juga yang membuat pak cik sedih. terpaksa ... selagi impian dan janji belum tercapai, sebelum tanggungjawab terlunas kesemuanya.
.
* mintak maaf kalau ada sesiapa yang termuntah darah membaca baris ini.
** mintak maaf juga jika ada yang tersinggung dengan mana-mana bahagian penulisan di atas.
*** pak cik cuba menggayakan bahasa melayu baku untuk tajuk ini.
**** sekarang pak cik dah kurang dengar lagu jeton sameon dan yang sewaktu dengan nya. pak cik dengar lagu2 slow asyik masyuk arab :D. syiok woooo.
2 Comments:
"alahai sedihnya saya tengok awak. pergi lah pujuk dia balik. saya redha kalau itu yang buat awak bahagia" dia cakap. ------> mulianye isteri pakcik..respek..
mulia ehh? :D mudah2an ...
Post a Comment
<< Home