Wednesday, May 14, 2008

titik titik noda ...

pak cik bukan nya minat sangat dengan politik. tapi mau tak mau kene amik tahu lah juga.

tapi apa yang mendukacita kan pak cik adalah apabila mendengar para politikus berbicara melalui media utama negara. bercakap umpama ayam jantan berkokok. punyalah gah. namun ekor penuh dengan najis. sakit betui hati ...

udah la media tu dia kontrol. cakap ikut suka je. akibatnya, benda tak betul yang dia cakap tu dah jadi macam betul. lebih-labih lagi pada rakyat jelata yang malas dan tak kuasa untuk memeriksa kebenaran nya.

isu karpal singh menyanggah sultan perak merupakan satu pentas untuk kita melihat gelagat para politikus kita.

parti pemerintah begitu beriya-iya memanaskan isu ini. kalo dalam waktu berita utama pukul lapan malam, hampir sepuluh minit di khaskan untuk isu ini sahaja. macamlah isu harga beras, tepung dan barang2 lain yang naik tak penting! tanpa di sedari, terlihatlah kedunguan para politikus itu. sembilan lapuran polis di buat terhadap karpal singh? marilah kita tunggu hasil siasatan nya ...

karpal singh pun satu lagi jenis manusia yang enggan berubah. kebiasaan nya, semakin manusia itu berusia, semakin dia berhemah dan bijak laksana. tapi nampak nya tidak bagi beliau. apa yang di khuatiri, anak beliau juga akan turut mengikut langkah yang sama. tidak semua perkara harus di tangani secara terus dan keras. ada juga memerlukan masa dan ketika yang sesuai. ada yang memerlukan cara yang halus dan lembut. apa yang telah beliau lakukan mengakibatkan parti pembangkang menghadapi fitnah dan tohmahan yang rakus dari pihak lawan. bukankah lebih baik jika masa dan sumber tenaga di salurkan kepada perkara yang lebih baik dan produktif?

tak lupa juga kepada mereka yang sedang dan masih cuba menangguk di air keruh.
.

sistem raja berparlimen dengan jelas telah memberi kuasa pemerintahan kepada kerajaan yang di lantik oleh rakyat, raja hanya mempunyai sedikit kuasa sebagaimana yang di peruntukkan oleh perlembagaan. secara ringkasnya, kerajaan pilihan rakyat mempunyai kuasa yang mutlak.

begitulah asas pemerintahan yang telah di warisi dari penjajah, di halusi oleh kerajaan BN!

dan untuk meminda perlembagaan memerlukan 2/3 majoriti undi.

as one of the belowmentioned blog's commentator said, don't talk shit lah!

2 Comments:

Blogger aria ayumi said...

huhu. rasa mcm dh lama giler tak tengok berita. agagaga. *patut lah diya tak tahu pun ape yg pakcik cakap,hehe*

6:19 PM  
Blogger zura lias said...

saya pun tak suka isu karpal singh nie..yang kes terengganu dgn perlis haram tak sentuh dah..
Bagi saya, dah kalah sudah le..sama2 perintah cara baik,adil dan saksama..jangan hasad dengki..

p/s:lim kit siang+karpal singh selalu nak buat kecoh..cuba belajar jaga mulut..dah tau media tu dah ade yang control..:D

11:12 AM  

Post a Comment

<< Home