Friday, November 07, 2008

semut hitam di atas batu hitam di tengah malam.

satu lagi cerita yang asyik terlepas dari titipan jari atas papan kekunci.

dalam tingkatan 2, pak cik mendapat seorang guru agama. atau pun seorang ustaz. badan nya besar sehinggakan kepalanya yang berambut pendek memakai kopiah kelihatan amat kecil. raut wajah nya memperlihatkan kebengisan. suara nya tegas dan lantang. samada itu atau pun beliau seorang yang benar2 berilmu, apa sahaja yang beliau ajar cepat sahaja pak cik paham. tak tahu lah kepada murid2 yang lain. diam-diam pak cik menaruh hormat kepada beliau.

pada suatu hari pak cik melihat beliau menunaikan sembahyang sunat selepas solat fardhu di surau. masalahnya, cukup pantas dan cepat sekali beliau mendirikan sembahyang. lebih-lebih lagi ketika rukuk dan duduk antara dua sujud. cukup pantas sekali. pak cik pun kebingungan. adakah beliau tidak melakukan "tama'ninah" sedangkan itu yang di ajar dan seringkali di ingatkan kepada para pelajar. sahkah sembahyang beliau?

beberapa ketika kemudian barulah jelas kepada pak cik yang beliau hanya menunaikan rukun sembahyang sahaja. perkara-perkara sunat di dalam sembahyang tidak di buatnya.

samada beliau benar-benar hendak cepat atau sengaja hendak memberi contoh kepada kami para pelajar yang berada di surau ketika itu, wallahualam.

berapakah dan apakah rukun sembahyang? ingat dan hafalkah kita?

perkara yang sedemikian itu sebenarnya amat mudah. jelas termaktub dan kita pelajari. tetapi seringkali kita gagal mengamalkan nya secara penuh kefahaman. hampir kebanyakan jika tidak keseluruhan amal ibadat kita hari ini di lakukan atas asas kebiasaan. yang biasa kita lakukan. yang biasa kawan-kawan, ahli keluarga dan masyarakat lakukan. kebiasaan ini yang akhirnya bertukar kepada adat. dan bukan lagi ibadat.

ilmu memerlukan kefahaman. tiada ilmu lagilah kelam. tak tahu yang kita tidak cukup ilmu lagi lah teramat malang. perumpamaan nya macam semut itam tajuk tulisan ini.

itu baru fardhu ain. belum lagi ibadat fardhu kifayah. belum lagi aspek2 kehidupan yang lain. nikah kahwin, perniagaan, politik, masyarakat, syariah bla bla bla. mak bapak meninggal esok dapatkah kita memandikan mereka buat terkahir kali? dapatkah kita menyembahyangkan mereka dengan penuh tertib? siap dengan doa nya sekali? atau di serahkan sahaja kepada pak imam atau orang lain?

5 Comments:

Blogger arsaili said...

salam..saya sungguh cetek pengetahuan..perlu belajar dan bersedia..saya pun berat tjwab sbg anak lelaki sulung..mampu kah..ohh tidak

5:35 PM  
Blogger MZ said...

tu lah. kdg2 bila pak cik pikir, malu sendiri ..

6:05 PM  
Blogger Jie said...

zaman budak2..buat krn nk dpt upah..mcm puasa

11:56 AM  
Blogger Jie said...

pakcik hilang mana?
kena report orang hilang kat balai polis dang wangi ke?

12:32 PM  
Blogger zura lias said...

hohohoho..berat sungguh tanggungan lelaki..patut le manyak masalah remaja skarang..bapak as lelaki xleh nk menanggung.. :D

5:53 PM  

Post a Comment

<< Home