half full or half empty?

hujung minggu yang lepas anak buah melangsungkan perkahwinan. kenduri nya di buat pada hari ahad lepas. malam sebelum nya pak cik datang menunjukkan muka. ketibaan pak cik di sambut oleh pertunjukan bungapi dan mercun. sehingga anak pak cik yang kecil itu ketakutan dengan bunyi gegak gempita nya.
rupa-rupanya itu adalah permulaan kepada kenduri yang agak meriah keesokan hari nya. pelbagai lauk pauh, juadah, dan segala buah-an terhidang untuk tetamu. maklumlah ... anak tunggal.
ketibaan pengantin di kepalai oleh muda-mudi berpakain tradisional minangkabau. berwarna-warni. di ekori rapat oleh pasukan kompang dan rebana. pertama kali kali pak cik lihat rombongan pengantin di arak sedemikian. banyak lagi rupanya acara2 adat minang yang di langsungkan seperti tarian piring dan berjalan atas kaca. pak cik terlepas kesemuanya. tak sempat pun untuk mengambil gambar atau video. pak cik bersantai ngan anak pak cik yang kecil si mat lebab @ mat zek dalam kereta sambil memasang 'aircond'. panas sungguh cuaca di luar.
biasalah .. kalau aktiviti luar, si mat lebab akan melekat dengan ayah nya. atau pun si ayah yang melekat dengan si anak.
.
pic. : Dua_Sedjoli_by_alvinokey @ deviantart.com
4 Comments:
pakcik bila nak bertiga joli?
kujie. soba-soba. tak lari gunung di kejar :D tsk tsk tsk
pakcik. gatal ye nak kawen lagi hahaha
yonna. de calon utk pak cik? :S tsk tsk tsk
Post a Comment
<< Home