Saturday, July 25, 2009

di ulit mimpi di siang hari ..


ketika di darjah enam, pak cik bersekolah di kampung. sekolah ini tidak punya khutubkhanah yang gah. para pelajar pun jarang berkunjung ke sana melainkan segelintir sahaja ketika waktu rehat. apabila loceng tamat sekolah berbunyi, masing-masing berpusu-pusu pulang ke rumah.

apabila nama pak cik di sebut untuk menyertai kuiz kesihatan peringkat daerah, mula lah memasang angan-angan. menang dan pergi ke peringkat negeri. tetapi tanpa bahan bacaan yang ampuh, pastilah tidak ke mana. bertanding hanya sebagai memenuhi jemputan.

.

ketika di zaman pemerentahan khalifah islam dahulu, pemerentah empayar islam bercita-cita untuk memajukan tamadun islam dan menyemarakkan perkembangan ilmu. langkah penting yang di ambil adalah menterjemahkan segala buku-buku ilmiah dari segala bahasa sehingga bahasa latin purba ke bahasa arab untuk bahan bacaan para pelajar, penuntut, pengkaji dan ahli ilmu islam. upah lumayan di tawar dan di berikan kepada para penterjemah yang akhirnya hidup mewah. jumlah belanja yang di peruntukan cukup tinggi.


maka lahir lah para graduan dan ahli ilmiah islam. tokoh-tokoh perubatan, ilmu hisab dan sebagai nya. sungguh gemilang tamadun islam ketika itu merangkumi segala cabang ilmu. pelbagai penemuan baru terhasil. ahli ilmu hisab dan fizik islam ketika itu telah dapat mengira berapa ukurlilit bumi dengan ketepatan yang menakjubkan apabila pengiraan di buat semula di zaman sekarang.

apabila empayar islam runtuh, para ilmuwan barat datang membawa ilmu-ilmu tadi pulang ke nagara masing-masing dan mengembangkan nya. dari situ lahirlah 'zaman baru' mengikut tamadun barat.

.

hari ini kita masih berbalah samada matapelajaran teras patut di ajar di dalam bahasa ibunda atau pun bahasa inggeris. cuba tanya orang perancis, sepanyol atau jerman. cuba tanya orang jepun dan korea. pasti nya mereka akan tersengeh jika tidak ketawa.

dari belanjawan negara, berapa ringgit malaysia kah dan peratusan nya di peruntukan untuk pelajaran, pendidikan dan ilmiah?

cuba tanya pula kepada parti-parti pembangkang. ada dibuat kah bajet mereka untuk hal-hal sedemikian? berapa banyak kah?

akhir sekali, mari tepuk dada tanya selera sendiri. berapakah belanjawan kita sebulan dan tahunan untuk bahan-bahan, aktiviti dan majlis ilmiah?

.

pic : nur_sayang_by_purplehustle @ deviantart.com

"tinggi sangatkah bulan di puncak awan?
gapailah bayang nya di dada kolam

ketika siang hanya bayang mu yang kelihatan
di waktu malam dalam mimpi kau bertandang"

2 Comments:

Blogger zura lias said...

politik dalam pendidikan..huhuuh..memasing nak tunjuk hero..

11:36 AM  
Blogger MZ said...

hero n heroin
sumer adaaaaaaaa

10:28 AM  

Post a Comment

<< Home