Thursday, February 15, 2007

semalam ..

malam sebelumnya, tika pak cik sampai di rumah dari opis, isteri dan anak2 pak cik dah bangun pagi dan sedang bersiap2 untuk ke sekolah. pak cik pun terus je gi mandi. kalo 'landing' kang mau hanyut terlelap. kol 6.30 pak cik pun terus kuar anta isteri pak cik ke sekolahnya.

sampai di opis, kawan2 ofis sedang sibuk dengan persiapan untuk mesyuarat. pak cik pun tolong lah apa yang patut. kol 8.30 tetamu2 pun mula hadir sowang demi sowang. bermula lah mesyuarat untuk hari ini. kerana hari valentine, mesyuarat hari ini di tamatkan awal sedikit pada kol 4.30 petang. biasanya kol 5.30 petang.

alhamdulillah. semuanya berjalan lancar. tetamu pun puji gak :D especially tentang menu makan tengahari .. bento dari restoran jepun kat Hotel Concorde, Shah Alam. menu brekpes, tea break pagi dan petang pun leh tahan gak. pak cik je yang tak makan sgt sebab diet ;))huhuhuhuhu.

sebagai hos, pak cik di hadiahkan sebuah buku berjudul "The Tipping Point" oleh Malcolm Gladwell. bertambah lagi koleksi buku2 pak cik.

kol 6.30 pak cik pun balik la umah. mcm biasa tengah tengok citer dragonball tu pak cik terlelap lagi. ye la ... tengah baring atas lantai masa tu.

kol 7 petang isteri pak cik kejutkan pak cik. terpisat2 pak cik jadi nya. agen harta tanah dengan pelawatnya dah sampai untuk lihat umah sebelah. tetapi kunci rumah tersebut yang ada pada pak cik tak buleh bukak plak. pak cik tak sempat nak cuba kunci tu bila bos pak cik bagi kunci tersebut 2 hari lepas. pak cik pun tipon la bos pak cik tu. terpaksa la dia datang bawa kunci yang betulnya.

kol lapan baru beres. pak cik pun gi mandi. lepas siap2 pak cik pun keluar bawak anak2 lelaki pak cik gi isi minyak. pastu singgah kedai cd beli vcd 'cicak man'. nak sampai umah singgah kedai alat tulis untuk si ibai anak pakcik yang tua beli buku citer dan si z'id beli air kat seben eleben. pak cik beli mee goreng mamak untuk dinner. yang lelain sumer dah dinner. pak cik jek yang belum.

sampai umah sesambil pak cik makan mee tu ngan si ibai (dier skrg ni kuat makan betui ... bertambah2 semangat badan dier. abih la pak cik tak lama lagi kene beli pakaian yang baru untuk dia termasuk baju2 sekulah sebab tak muat) bukak la citer 'cicak man' tadi. kelakar gak la citer dier. terkekek anak2 pak cik gelak. abih cd yang pertama, tutup terus vcd player ngan tibi. esok bebudak nak sekulah. pak cik pun letih ni semalaman tak tido. sib baik tak lama kendia pak cik pun lelap ....

pagi tadi kol 6.30 dah bangun. kira lambat dah tu. kol 6. 50 dah kuar ....

manyak keje kena buat ari ni. especially untuk meeting hari esok ...

keje keje keje ...

catatan :

1. petang nanti kene bawak tuya jumpa 'eye specialist' untuk tentukan masalah mata dier. pastu kene wat spek untuk dia kut.

2. esok dan tulat pak cik kena plak berjalan2 jauh ... gi kuala selangor anta baby sitter then nak balik Longgeng ...

3. tempat keje pak cik dah kemas bersih. siap ader bunga. terkejut beruk dak2 opis :)) ekekeke. siap ada yang amik gambar. ampeh betui. cuma tinggal nak vacumm, bubuh air freshner dan hias2 skit. :D

nak wat apa ekk cuti ni ... gi jeram toi lagi la gamak nya :))

.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home