Sunday, April 29, 2007

Combo.

during mid week last week, pak cik dpt arahan kene balik ke kampung halaman di melaka. tolong owang tua berkemas rumah. dah lama gak la tak balik.
pak cik memang bercadang balik pada pagi sabtu. pagi sabtu tu .. lepas bekpes pak cik singgah dulu ke opis. nak amik notebook nak bawak sekalik. tengah lelepak kat opis ayah pak cik call plak. ingat kan dier nak marah pasal pak cik tak gerak2 nya lagi. dah dekat kol 10.00 pagi dah. rupanya ayah pak cik minta tolong pakcik gi kolumpo belikan dier obat. obat tu spesel skit ... dari kedai obat ciner. khas untuk 'ghout' ayah pakcik tu. sampai2 kat jln gurney ... tutup plak kedai tu. pak cik pun gi plak ke tmn sri rampai. carik2 kut2 ader kedai obat cina kat situ. pak cik mcm pernah ternampak. jumpa sebuah ... dier tader jual plak. pak cik pun tipon ayah pakcik .. mana lagi kedai lain yang ader jual obat tu ... tader kata ayah pak cik. kene gi waktu lain la gamak nya ...
kol 3 baru pak cik bertolak ke melaka. bleh tahan gak banyak nya kete di lebuhraya. tapi alhamdulillah ... kesesakan kureng skit melain kan di laluan seremban ... selepas exit Nilai dan sebelum exit senawang ...standard aaaa tu kan. ntah mcm mana selepas exit senawang tu pak cik leh lak stuck kat lane laju plak. elok laju jek pak cik bawak kete kecik pak cik tu. sampai gak la 140km speed dia buat kali pertama.
selepas kuar kat tol alor gadjah ... pak cik termaintain bawak kete laju. mana tak nya. pak cik dah lambat dah ni. patut nya sampai seblom tengahari. dpt lak sebijik kete waja seblah. pak cik pun layan je lah bawak laju ala2 race ngan waja tuh. lelama pak heran pesal la tak lalu2 nya lagi pekan alor gadjah ni? patutnya dah lalu dah ... makin lama jalan yang pak cik lalu tu mcm tak biasa jek pak cik lalu. mcm asing jek. pak cik dah rasa semacam. memang la jalan tu jalan baru. dua lane. dah mcm hiway. pak cik dah agak dah ... mesti dah tershashul nih ... mcm dedulu la masa zaman tgh hebat racing leh tershashul tol alor gadjah. kene wat u-turn kat tol ayer keroh. ampes btol aaaa. ni pun kene wat u-turn gak ni. tapi di mana ya? minyak pun dah nak abis nih. kene carik stesen minyak petronas lah dulu, isi penuh2 baru leh u-turn.
dah dekat bandar melaka baru lah jumpa stesen minyak petronas. lepas isi minyak pak cik terus perjalan. pak cik putuskan nak terus ke bandar melaka. jalan jammed la plak. pak cik nampak simpang ke batu berendam. pak cik putuskan nak gi batu berendam la plak. nak tetengok sekolah lama pak cik. target nya carik lapangan terbang bati berendam dahulu. carik punya carik tak jumpa la plak. dah kol enam dah ni ....
akhirnya pak cik wat jugak pusingan U ke arah alor gadjah. waktu dah melebihi kol 6 dah. tetiba tipon pakcik berbunyi. tertera di skrin tipon pak cik tu .."akak". pak cik poun angkat.
"kau kek mano ni jam?dari tengahari tak sesampai ehh laie?" tetiba jek suara omak den kuar ke tipon tu. ingat kan akak den tadi. :)) ekekeke.
"sosek ni ha, tongah carik jalan ke alor gadjah ni* pak cik jawab.
"eiiii hai. mcm mano leh sosek?" tanyo omak den laie.
pak cik cuma tergelak jek. pas tu pak cik bawak kete ngan penuh sopan santun lagi bertata susila. harap2 tader la saman ekor sebab bawak laju tadi.
pabila menghampiri pekan Nyalas, pak cik terpikir ... towel lupa nak amik. kupiah pun tak terambil. deodarant pun tak bawak. isk ... manyak barang tak bawak nih. tu la akibatnya kalo tak plan. tadi pun main rembat jek barang2 isi dalam beg. manyak lagik barang yang hendak di bawak tapi akhirnya tak terambil.
pak cik singgah la kat pekan nyalas. sampai jek kat situ ...alamak ... ternampak pulak pak itam, bapak sedara pak cik, tengah tutup kedai dia. dah nak balik aaaa tu. ada sekalik situ ngan bini dia dan anak kecik dia sorang. kita orang ni dah la tak rapat. dia plak leh bergaduh ngan omak pak cik. pak cik pun terlajak kan keta pak cik ke depan lagi lebeh kurang 500 meter sampai la ke depan masjid baru pak cik u-turn. sampai2 kat kedai yang pak cik nak pergi tu .. alahai .. pak itam pak cik tu singgah situ la plak. nak tak nak pak cik pun blah je terus gi umah. ampess ... harap2 ader la towel spare.
...................
malam tu ader rakan blog sms pak cik bertanya kabo. dia risau kan pak cik. pak cik ok jek. timerkaseh pak cik ucapkan sebab bertanya khabar. skrg nih pak cik berazam ... kalo ader apa2 komen yang tak berasal usul ... komen yang tak di undang kat blog pak cik ni .. kat msjbox ke .. pak cik akan wat dek je dan delete terus. tak payah nak layan2. bagi depa free coverage plak wat per kan? kan kan?
......................
malam tu gak pak cik ter'tengok' anuar zain perform sempena AIM kat NTV7. lagu 'perpisahan' ... tangkap syahdu jap ....
teringat la yang pak cik termiss anuar zain nyer performance sempena minggu sekretari. pak cik plan nak pergi ... last2 kensel. tetiba ader plak orang dari opis pak cik ni pergi. ceh ... tak ajak pak cik pun. pak cik terus sound jek minah tu ... terus dier janji tawon depan dia akan ajak pak cik. ye aaa tu. kalo ader tawon depan la ...
budak femfuan yang dia bawak pergi tu siap tunjuk pak cik gambar dier berposing2 manja ngan anur zain. sajer je dier wat pak cik jeles. ampeh btol ...
..............
malam tu pak cik terlelap awal dalam kol 11 malam paling lewat. pagi ahad tu pak cik terbangun awal. kol 3 pagi lebeh kut. isk ... sejuk plak. pak cik tarik selimut sambung tido. dekat2 kol 6 pagi terbangun lagi. sambung tido lagi. kol 6.10 pagi terbangun lagik sekalik. pak cik baring2 jap. bleh plak terlelap ... kol 7 .15 pak cik terjaga lagik. cecepat pak cik bangun gi mandi dan semayang subuh ... niat qada' la jawab nya. pas tu pak cik pun gi la ronda2 kat belakang rumah. kek kebun mak ayah pak cik. biasa pak cik wat gitu. tetiba pak cik langkah pak cik terhenti. pak cik terpandang paling kurang lima lembaga. pak cik amati betui2 ... mak aii .. babi hutan! babi-babi hutan tu tengah melarikan diri ke arah hutan di sebelah kebun mak ayah pak cik. oleh kerana pak cik berlenggang mak enon je masa tu (biasa nya pak cik bawak sebilah parang atau pun sebatang kayu), pak cik pun pusing la balik ke rumah.
first time pak cik nampak babi huta nih. setakat kat kebun tu ... kera, bapak kera, mcm2 jenis monyet dan kera, mcm2 jenis biawak yang kecik sampai la yang sebesar2 baiwak komodor tapi kaler kuning, memacam jenis ular, tupai terbang dan memacam lagi .. biasa pak cik nampak. tapi babi hutan ni ... banyak lak tu .. ni lah first time. terkejut babi la jugak pak cik.
pernah tak pak cik citer yang masa pak cik umur 12 tawon dan duduk di umah ni, pak cik pernah di patuk ular. sib baik anak ular jek yang patuk. kalo bapak ular ... hantu lah yang tengah memblogging nih :)) ekekeke.
........................
manyak mender yang pak cik tak pernah buat tapi pak cik buat skarang nih. masa balik dari melaka tetiba dekat sampai tol senawang/seremban jammed plak! tak bergerak langsung lak tu. ampeh btol. tetiba pak cik nampak nombor tol pree plusline. tak semena2 pak cik pun call. mula2 engage. line bizi. pak cik cuba lagik. bizi lagik. pak cik rilek dulu. kendian pak cik kol lagi. kali ni dpt nada deringan. klik ... ada orang angkat. pak cik pun tanya la pasai apa jammed nih?
"ader kemalangan maut lebeh kurang 1 kilometer selepas tol pd/seremban" jawab mamat plusline tuh.
mak aiii ... jauh lagi tu .. mahu ader lebeh kurang dalam 7 atau 8 km lagi. dah la tak bergerak2 jammed nih. panas la montot pak cik nih.
............................
*sori. x sempay nak check spelling n all.

4 Comments:

Blogger sd. said...

bestla story ni..mcm d reka2..hehe..
i like..
n
salam kenal~

5:46 AM  
Blogger zura lias said...

alamak pokcik..suratan ke kebetulan nie..kebetulan plak aii kg den kt alor gajah gak..tp kg omak..hikss..

1:58 PM  
Blogger TeacherNunu said...

mak atukjkkk..pjgnye entry :))

1:21 AM  
Blogger aria ayumi said...

pakcik ni wat karangan ke ape... huhu panjang nau entry kali ni... :D

12:32 PM  

Post a Comment

<< Home