Soalan Buat Mu Yang Suka Menjatuhkan Hukum.
lemas di hanyut air deras
tertelan dan tersedak air lumpur
terlanggar dan terhantuk batu-batan
diambang kematian yang dahsyat
dihimpit ngeri dan ketakutan
kaki terkapai-kapai
tangan tergapai-gapai
cuba bergayut pada apa saja
yang melintang dan terjulur.
salahkah aku
menyahut tangan
seorang yang ingkar
atau harus sahaja
aku biarkan tangan itu
dan membiarkan diri ku
hanyut dan lemas
dalam keingkaran?
aku yang kurang mengetahui ini
bertanyakan soalan ini kepada mu
wahai hakim-hakim dan para-para juri
rungkaikan maslahat ini
bongkarkan kebenaran nya
tunjuk kan aku jalan keluar
dari kegelapan dunia sesat aku ini.
tertelan dan tersedak air lumpur
terlanggar dan terhantuk batu-batan
diambang kematian yang dahsyat
dihimpit ngeri dan ketakutan
kaki terkapai-kapai
tangan tergapai-gapai
cuba bergayut pada apa saja
yang melintang dan terjulur.
salahkah aku
menyahut tangan
seorang yang ingkar
atau harus sahaja
aku biarkan tangan itu
dan membiarkan diri ku
hanyut dan lemas
dalam keingkaran?
aku yang kurang mengetahui ini
bertanyakan soalan ini kepada mu
wahai hakim-hakim dan para-para juri
rungkaikan maslahat ini
bongkarkan kebenaran nya
tunjuk kan aku jalan keluar
dari kegelapan dunia sesat aku ini.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home