Thursday, April 24, 2008

Aku Rindu. Tiga.

Jika kau berhenti melangkah sejenak
akan dapat kau lihat pesta meriah
oleh siput-siput dan ketam-ketam kecil
mengorek-ngorek pasir meneruskan kehidupan.
Jika kau perhatikan sebentar
akan tampak kepada mu
anak-anak ikan di gigi laut
berenang-renang seakan berkejaran.
Jika kau renung barang seketika
ke dalam lubuk hati mu
akan dapatkah kau temui
sekelumit rindu untuk ku?

5 Comments:

Blogger Jie said...

pakcik..saya baru je cuti 3-4 hari...alih² tgok banyaknya entri rindu..ha ha ha..

2:07 PM  
Blogger MZ said...

tu lah. kujie pergi tanpa pesan dan tanpa khabar berita :p

2:34 PM  
Blogger zura lias said...

pokcik..rindu arr..hikss...*lari-lari tutup muka dengan bantal*

9:15 AM  
Blogger Lily.Lulu. said...

saya pun rindu juge nih ..

9:44 PM  
Blogger MZ said...

juera. bantal busuk pak cik tu pulangkan lah ...

lily. miss u :D

10:11 AM  

Post a Comment

<< Home