Sexpedition & Sexploration.
pernah orang bertanya pak cik, minat ke aktiviti bercamping nih? pak cik tak jawap apa2 pun cuma tersenyum kambing je.
meredah hutan ni adalah perkara biasa bagi pak cik. sejak kecik2 lagi belom sekolah, memang pekerjaan pak cik meredah hutan belukar dengan adik pak cik. dah masuk sekolah pun sama. ayah pak cik pun biasanya bawak pak cik bersama meredah hutan mencari rebung buluh, pucuk paku, daun pisang untuk balut tempe, daun pokok hutan untuk di buat 'ragi' atau 'ibu' tempe dan mcm2 lagi. meredah sawah terbiar memasang jerat burung wak-wak pun biasa. bersama2 kawan2 lain nya pun biasa juga meredah hutan mandi sungai.
ketika sekolah menengah, pernah pergi berkhemah di janda baik. sronok nyer masa tu. berkhemah di tengah hutan dan jungle tracking untuk aktiviti kadet dan kesatria toksah kira lah. kalo aktiviti mandi sungai bersama famili pernah sekali di gunung merapi, sarawak. tahukah anda, untuk membersihkan alatan memasak dari minyak jika ketiadaan sabun, bleh guna pasir. harus berkilat piuk belanga tu nanti. tp kalo guna untuk yg d buat dr plestik, abih la calar balar.
dah kawen ni, giliran pak cik lak heret anak2 masuk hutan. hutan yang biasa di redah adalah hutan lipur lenggeng. orang tempatan memanggilnya jeram mondom, kerana kampung berdekatan adalah kg. mendum. dah abis dah pak cik sexplore hutan ni. tips nya ... redah hutan tu mengikut sungai atau anak sungai. baru tak sesat. dan bawak lah kayu bukan sahaja sebagai tongkat tetapi banyak kegunaan am nya. tak lupa juga, pak cik selalu bawak parang kontot tersisip di pinggang. manalah tahu ada harimau lak nanti, beruang ke, monyet besar ke, babi hutan ke, anjing liar ke atau pun orang liar ...
cuma hutan lipur lenggeng ini jarang dah pak cik pergi sebab aktiviti pembalakan di persekitaran nya, air jadi keruh. udang2 sungai pun abis mati, ikan2 pun dah berkurangan. walopun kemudahannya telah di baik taraf baru2 nih, keadaan nya sudah tidak semeriah dulu. baru2 ini pun ada kejadian buang mayat di lapurkan di situ. sebab itulah sekarang ini kalau mahu mandi sungai, pak cik akan ke jeram toi sahaja. tak lah jauh sangat pun dari kampung mertua.
mungkin dari bulan akan datang pak cik akan memulakan aktiviti memancing pak cik. sib baik aktiviti memancing ni hanya kecil2an. setakat memancing ikan di sungai2 sambil anak2 pak cik mandi manda. dapat lah kadang2 ikan keli, ikan putih (adik kepada ikan tengas yang abang glamer nya ikan kelah, cuma ikan putih ni lebih kecil saiz nya) dan ikan bochek (adik beradik ikan toman).
tapi seblom itu, hujan bulan ini pak cik pasti akan mengheret anak2 pak cik gi pantai. lama dah tak gi ..
.
note : atas permintaan suatu ketika dulu, tu gamba pak cik masa kecik2. :p
11 Comments:
jom candat sotong..teringin la nak pegi :(
pakai umpan ape??cacing ke??eeeee..x ske taw..cuba pakai dedak ke benda lain :P
umpan cacing leh juga. biasa nya pak cik umpan udang yg d tangkap d sungai itu juga :p
kalo nak pi mencandat sutung .. 31/5 ni nak gi kuantan ... :p
eheh. ni klw sesat dlm utan sama ngan pakcik, diya tak yah isau dh :p
eh ... kalo sheshat dlm utan ngan diya .. lelama pun tak per :)) miahahahaha *gelak sengal*
ikot.........
jom nurin. jom!!
mcm best je..kena bermalam ke?
iya. kene bermalam. ada gahthering sebenarnya on 31/5/08 ... sesambil tu leh aaa sexplore mender lain. mencandat sutung tu mcm ok jek :D
tidak suka camping, tried once, dulu2 time skolah, girl scouts kata nyer......isk susah la tak best....., but good experience, after that i tend to be thankful ;P
naper tak suka camping azra? nyamuk? kene pack & unpack? tang mana yg susah tu? cooking? :D
Post a Comment
<< Home