I .. The 'Kodok Bawah Tempurung'. Dua.
sistem pemerintahan kita adalah berasaskan demokrasi berparlimen dan raja perlembagaan atau pun secara ringkasnya raja berpalimen yang di warisi dari pemerintahan penjajah, British.
kerajaan persekutuan melalui parlimen yang ahlinya di pilih oleh rakyat malaysia dan secara simboliknya di ketuai oleh yang di pertuan agong. sedemikian juga kerajaan-kerajaan negeri melalui dewan undangan negeri yang ahlinya di pilih oleh rakyat negeri dan secara simboliknya di ketuai oleh sultan atau pun yang di pertua negeri yang di lantik.
tampuk pemerintahan sebenarnya di ketuai oleh perdana menteri yang menubuhkan kerajaan melalui perlantikan menteri-menteri di peringkat persekutuan manakala pemerintahan kerajaan negeri di tangan menteri besar atau pun ketua menteri melalui ahli-ahli exco yang beliau lantik. manakala yang di pertuan agong, sultan dan yang dipertua negeri sebenarnya mempunyai kuasa yang terhad melalui peruntukan-peruntukan perlembagaan dan undang-undang lain nya.
secara dasar nya kuasa pemerintahan di pisahkan kepada tiga unsur iaitu eksekutif, perundangan dan penguatkuasaan. kuasa eksekutif adalah di tangan ahli-ahli parlimen dan dewan undangan negeri. di sini lah undang-undang di gubal dan di luluskan. sistem kehakiman adalah unsur kuasa perundangan yang menafsirkan dan menjalankan undang-undang. para hakim/majistret dan peguam adalah mereka yang terlibat secara langsung di dalam sistem perundangan. unsur penguatkuasaan pula memastikan rakyat mematuhi undang-undang dan membawa mereka yang melanggar undang-undang untuk proses penghakiman. polis dan pihak-pihak penguatkuasa lain nya merupakan unsur penguatkuasaan mengawal dan memastikan undang-undang di patuhi.
ketiga-tiga unsur pemerintahan kerajaan di atas secara asasnya mestilah berpecah, berkecuali dan bebas sesama mereka. ini bagi memastikan masing-masing dapat menjalankan tanggungjawab mereka secara berkesan dan adil. malangnya, ia hanya ideal secara teori. sekian lama sistem pemerintahan kita telah gagal memperlihatkan kesaksamaan dan ketelusan. sehingga kredibilitinya sangat jauh di mata orang asing samada organisasi bebas dan perniagaan mahupun negara luar.
keputusan luar dugaan pilihanraya umum ke 12 telah memperlihatkan bagaimana sistem kerajaan dan pemerintahan di uji dari segi kecukupan peruntukan undang-undang yang sedia ada, pemahaman undang-undang mereka-mereka yang terlibat secara langsung dan keberanian untuk mengubah apa-apa kepincangan yang wujud.
bagaimana akhirnya, hanya masa yang akan menentukan.
mampukan kebebasan sistem pemerintahan di laksanakan? mampukah keadilan sesama bangsa di tegak kan? dapatkah kesedaran rakyat terhadap hak-hak mereka sendiri di pertingkatkan? berjayakah perubahan berlaku?
.
di mana bumi di pijak
di situ langit di junjung.
4 Comments:
TQ for ur info, ur input is very helpful
soalan tentang kebebasan/ keadilan/hakĀ² - susah untuk di pertingkatkan kerana kewujudan pemimpin kita yang tidak mengambil al Quran dan al Hadis sebagai pedoman teratas.
Semua tu akan lebih terpelihara jika pemilihan ketua kita dibuat oleh sekumpulan ulama yang diterima keilmuan dan keadilannya oleh umat Islam.
Sistem yang ada sekarang mudah terpesong daripada keadilan ,masingĀ² menjaga kepentingan diri sendiri lebih dari menjaga rakyat.
erk..nnti kalo nk amik ape2 test..leh refer kt blog pokcik je...:D..
nurin. pak cik hengat2 lupa nih ...
kujie. sistem yg baik sekali pun tetap akan korup atas perbuatan manusia durjana ...
*mcm lagu rock kapak 'syj' laks* :D
juera. test apa tu? intebiu nak kawen ekk? ;)) hik hik hik
Post a Comment
<< Home