Friday, April 04, 2008

Kau Yang Bertakhta.

sejak kebelakangan ini
hampir hari-hari
hujan akan turun
tidak pun di sebelah malam.

air yang mencurah-curah dari langit
membasahi daunan, rumput dan tanah
sungai kan mengalir deras
dan awan hitam gelap yang tebal
menutup mentari seakan hilang
bulan pun tak kelihatan.

dunia yang kelam, sejuk dan gundah
seakan hidup akan berakhir
lantas aku lelapkan mata
mencari kenangan kita berdua
masih jelas terukir di lubuk jiwa
perlahan-lahan aku tersenyum bahagia
walau cuma untuk seketika.

.

pic. : when the end is near by jaysu @ deviantart.com

3 Comments:

Blogger nuRin said...

hulurkan kopi O pun tak sedar
dok berangan ye pakcik... so keep our memories within your heart.:D

6:26 PM  
Blogger zura lias said...

erk..tu gambar tu..gambar org peluk ek...eeee..*tutup mata*..sy budak lagi...xleh tgk mende2 camnie..hikss..

9:03 AM  
Blogger MZ said...

errr .. nurin lasi senset skit. nanti budak kecik nama juera nih terkujat laks :)) ekekeke

juera. tu dah senset tu. yg blom senset pak cik tak bubuh kat sini :p

10:14 AM  

Post a Comment

<< Home