Monday, November 30, 2009

a glimpse ..

pak cik sudah lkembali bekerja. saje malas ambil cuti. walaupun badan masih penat and letih.

ari khamis malam pak cik bertolak kembali ke melaka. susur keluar ke Nilai dari lebuhraya PLUS sudah pun sesak melimpah hingga ke lebuhraya elite. pak cik menyelinap ikut laluan kecemasan. singgah sebentar d kampung menjenguk mak saudara yg nazak. beliau sudah pun di lepas pulang oleh pihak hospital hari rabu sebelum nya. kesemua organ dalaman sudah gagal ..

jam sepuluh lebih pak cik meneruskan perjalanan ke Melaka. laluan dari mantin ke seremban pula sesak. gara2 lebuhraya LEKAS lah ni. hampir dua jam baru pak cik tiba ke senawang. laluan pun kembali pulih. pukul 2 pagi lebih baru pak cik selamat sampai di rumah ayah dan bonda. tahun ini kami baraya d kampung d melaka.

pukul dua lebih ke esokkan nya baru bertolak kembali ke negeri sembilan. masih menggunakan jalan lama. alhamdulillah. laluan tidak sesak. cuma kadang kala terjumpa pengguna jalan raya yang tidak bertimbang rasa. termasuk lak sebuah kereta lama yang tiada langsung lampu brek!

malam nya di adakan majlis baca yaasin d rumah mak saudara.

ke esokan ptg nya bertolak pulang pulang ke rumah. setelah asar mahu bertolak pula ke kuala selangor untuk majlis perkahwinan anak saudara merangkap bekas baby sitter. mujur hari hujan. tiba-tiba dapat panggilan mak saudara sudah pulang ke rahmatullah. terpaksa bergegas pulang ke kampung d n9.

jenazah d mandikan lepas maghrib. di sembahyangkan dan terus di bawa ke kubur untuk di semadikan. pertama kali pak cik ikut naik van mayat. pertama kali ke kubur untuk pengebumian di malam hari. pertama kali juga pak cik turut sama mencangkul mengambus lubang kubur.

eosk pagi nya bertolak ke kuala selangor. laluan lancar cuma hujan di sana sini. kenduri kahwen ni biasalah pak cik jadi penanggah dan tukang cuci periuk dan kawah. malam nya bertolak pulang ke rumah. anak saudara tumpang untuk ke klang sentral.

ntah berapa ratus atau ribu kilometer pak cik dah memandu dalam tempoh tiga atau empat hari ini.

1 Comments:

Blogger arsaili said...

salam eid bro....bawala berehat....

10:32 PM  

Post a Comment

<< Home