Thursday, September 24, 2009

best wishes ...

pak cik dah kembali bekerja d opis hari ini :) malam tadi pulang ke rumah sendirian. keluarga tinggal d kampung utk menghabiskan cuti sekolah. juga kerana ari sabtu depan ada kenduri kendara. hujung minggu ini pasti nya sibuk kembali ke jalan dan lebuhraya. mudah2an pak cik selamat sampai dan pulang.

pak cik beraya di negeri sembilan dahulu. sebelum berangkat pulang ke melaka pula. mak dan ayak dan adik beradik lain nya sudah pulang ke sana terlebih dahulu. kali ini agak lewat bertolak ke melaka. ibu mertua bakal di tinggal kan sendirian. kena lah mengemas rumah terlebih dahulu luar dan dalam. tidak lah penat orang tua itu nanti. beliau sudah lah tidak sekuat dahulu. mujurlah ada 2 orang cucu lelaki yang sudi tinggan menemankan nya. cucu2 perempuan ntah hilang ke mana. sibuk hendak berjalan aje ...

pulang dan kembali dari melaka pak cik memilih untuk menggunakan jalan lama. malas untuk bersesak2 di lebuhraya dan di plaza tol. lalullintas lancar. cuma bila kedapatan pemandu yang baru mendapat lesen, atau pun terhegeh-hegeh mencari arah, atau pun kedapatan konvoi yang kehilangan arah tujuan, lalulintas akan menjadi perlahan. 40 km sejam is awfully slow ...

ntah sapa punya idea nak mengacau dodol. itulah projek hari raya ke dua. malang nya dodol terlebih gula. dah jadi dodol keras mcm gula melaka. raya ketiga dodol tadi di kacau kembali dengan santan. alhamdulillah .. kali ini menjadi. sedang mengacau dodol datang pula si ular daun menziarah. kali pertama di biarkan sahaja. kali ke dua bila dia datang menerpa .. pak cik dan ayah pak cik mula bertindak. mujur si ular pantas melarikan diri di celah2 rumpunan serai. kalo tidak arwah dah dia ...

pulang ke negeri sembilan pak cik sekeluarga singgah di rembau. beraya di rumah abang ipar. setelah kenyang baru meneruskan perjalanan. sesampai sahaja di rumah mertua, dapat pula perkhabaran, abang ipar seorang lagi berserta keluarga mertua nya akan datang dari kuala pilah.

kisah meletup hari raya kali ini pastinya dari keluarga mak long. bekas menantu nya beraya bersama2 kali ini. ntah dia sudah rujuk kembali denggan anak mak long? apa sudah jadi beliau dengan isteri baru nya. pak cik malas nak sibuk bertanya. nanti2 keluarlah berita terkini dari siaran radio jendela ...

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

i will see

1:58 AM  
Blogger Kujie said...

ingat ke online je ade siaran radio jendela...kehkehkeh.....langsir baru tu sbb tu lambat sikit keluar siaran langsungnya...hahaha

selamat kembali meneruskan rutin hidup pakcik...sy rabu mlm dah pun ada kt rumah...tetamu bersiling ganti mcm tahun2 sudah. rasa makin tua...erk...rasa saja tak semestinya betul...:p

erk... hntr dodol trial n error tu sikit

12:15 PM  
Blogger Max J. Potter said...

salam raya (belated) dari nani buat mr mz. =) maaf lama tak komen. selalu dtg dan bace, tp tak ckp pape. sementara syawal ade lg, nani mohon ampun maaf atas sume salah silap nani yang nani sedar atau tak terbuat kat mr mz.

selamat smbung normal life selepas raya ye, mr mz? take care.

p/s: nani tergelak baca istilah radio jendela. XD

8:21 PM  
Blogger farah, s. said...

selamat hari raya encik mz!

masih beraya LAgi kah? hehe

4:46 PM  

Post a Comment

<< Home