Tuesday, August 11, 2009

Masuk Melayu? PreLudium.


masuk islam sama dengan masuk melayu?

secara kasarnya itulah pandangan masyarakat bukan islam. sejak zaman jepun lagi. tak di kira lagi kene sunat dahulu baru boleh di kira masuk melayu. sexcuse me, my err .. masuk islam.

tanggapan ini sebenarnya di mulakan oleh orang-orang melayu juga. sejak dahulu kala. masuk islam di kira masuk melayu. mahu masuk melayu kene sunat dahulu.

secara sedar atau tidak itulah stigma yang telah melekat. itulah juga salah paham yang timbul di kalangan orang-orang melayu. itulah juga yang mungkin melemahkan orang melayu.

jadi apa masalah nya? ada masalah? tiada masalah?

masalah nya banyak. tetapi masalah yang paling agungnya adalah melayu dan islam tak sama. walau dengan apa alasan sekalipun.

(pernah dahulu ada seorang pemimpin melayu berhujah Islam di Malaysia gah kerana orang melayu. dia kata lah kan. betul atau tidak, pikirlah sendiri. malas pak cik nak kupas. tak cukup jari nak taip)

islam mengharamkan arak. mendekati arak pun di haramkan. apa2 yang berkaitan dengan arak pun jatuh lah hukum haram. tiada toleransi.

maka datanglah satu bangsa melayu yang terkenal dengan sikap lembut, ramah dan toleransi nya yang kebiasaan nya menjauhi pertikaian dan akan cepat mengalah sambil berkata 'tak apa' atau pun 'tiada apa-apa' atau pun 'tak apa lah'. bahkan hal-hal hukum islam pun turut sama di terima pakai sikap tersebut.

berapa ramai antara kita orang melayu mengunjungi kedai serbaneka dua puluh empat jam? perasan kan kedai ini ada menjual arak? agak-agak nya apakah hukum nya mendatangi kedai ini? berapa ramai orang melayu yang bekerja di kedai ini?

agak-agak nya apakah alasan kita?

berapa ramai orang melayu yang memakai jersi 'liverpool'? jenama apakah yang terpalit di dada jersi itu?

.

masalah duri dalam daging kerajaan negeri selangor sekarang ini cukup menarik. ulama PAS menentang penjualan arak di kawasan shah alam dan bangi di mana majoriti penduduk nya adalah orang-orang islam.

datang pula seorang bukan Islam memperjuangkan hak-hak kaum bukan Islam untuk mendapatkan bekalan arak di mana sahaja bumi mereka berpijak.

maka berbalah lah dua pihak ini. memanda menteri besar pun pening kepala. harus beliau mengambil nasihat dari mantan bekas timbalan perdana menteri. mungkin juga pendapat pihak lain.

cukup malang bagi ulama PAS tadi. dia terkhilaf. kawasan shah alam dan bangi bukan nya di diami majoriti orang-orang Islam. tetapi orang-orang melayu.

.

kalau orang islam, sememang nya mereka sesekali tidak akan memasuki mana-mana premis yang menjual arak. dengan sendirinya premis-premis ini tidak akan berani menjual arak. tidak begitu?

itu belum lagi di ambil kira orang-orang melayu yang bijak pandai bestari belajar luar negeri yang memperlekehkan ulama PAS tadi.

.

sama kah melayu dan islam?
agak-agak nya tiada melayu hilangkah kemuliaan Islam?
atau tanpa Islam apa jadi dengan orang melayu?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home