Thursday, August 20, 2009

Selayang Pandang Selakir Senyuman.

"dari runtuhan kota melaka, kita bina jiwa merdeka".
kita sekarang di bulan kemerdekaan :)

samat menyambut ulang tahun kelahiran juga buat pak cik. jatuh pada hujung minggu yang lepas. tiada sambutan yang meriah. kebetulan hari tersebut pak cik sibuk mengikut rombongan menghantar pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan di sungai besar.

hujung minggu sebelum nya pula pak cik mendapat demam selsema yang teruk. dua hari tidak bangun. sekarang pun masih belum sepenuhnya. rasa seram sejuk itu masih ada. selsema juga masih ada serba sedikit.

esok atau lusa pula bulan ramadhan penuh keberkatan akan menjelang tiba. inilah yang pak cik maksudkan sebagai "pulangkan Bulan". berkobar-kobar semangat untuk beribadat mencari keredhaan dan keampunanNya. tetapi entahlan mampu atau tidak. sudahkah bersedia secara fizikal dan mental ...

apa-apa pun selamat berpuasa dan beribadat buat semua di bulan puasa ini. semoga kita semua beroleh rahmat dan keberkatan. :)

1 Comments:

Blogger yOnnA said...

pakcik.selamat berpuasa :)

3:25 PM  

Post a Comment

<< Home