Friday, July 09, 2010

demam nak pulih dah.

sebelum pak cik citer pe pe lagi, jom citer pasal demam bolasepak. piala dunia lah ya. bukan piala malaysia ya.

'kuda' pak cik dlm piala dunia ni dari dulu lagi ada tiga, iaitu perancis, belanda dan argentina. kali ini belanda layak ke final. yeayyyyy!!

moh le kita nonton final nanti ya. esoknya hari isnin tu sila lah ambil mc :)

tawon ni sonok skit pak cik nonton siaran secara langsung. sebab pak cik cuti sakit selama dua minggu sebaik sahaja kejohanan ini bermula. cuma perlawanan pertama iaitu perlawanan pembukaan sahaja pak cik tonton di wad hospital.

.

semasa di wad ada seorang pak cik bernama elangovan. agak berumur sedikit. satu hari pak cik ini tetiba rebah dan pitam semasa bekerja. doktor mengenal pasti terdapat jangkitan bakteria di dalam otak nya. selanjutnya beliau di masukkan ke hospital untuk pemerhatian lanjut selama dua minggu.

berbanding pesakit2 lain yang bertiub di lengan, pak cik elangovan ini tidak sebegitu. jadi beliau bebas bergerak berjalan2. pastinya bosan duduk di wad. jadi sebahagian masa nya di habiskan di bilik tv.

satu hari di bilik tv, pesakit lain berserta teman nya memulakan bicara dengan pak cik elangovan ini.

"uncle sakit apa?" tanya pesakit lain itu.
"sakit otak" jawab pak cik elangovan secara serius.

perlahan2 pesakit2 dan tetamu lain di bilik tv keluar meninggalkan pak cik elangovan seorang.

5 Comments:

Blogger Yatt said...

pakcik sakit ape?
sian pakcik elangovan tuh. orang ingat dia 'sakit jiwa' kot tu pasal orang tinggalkan dia.

worldcup ni frust arr germany kalah ngan spain. apa2 pun harap oranje menang.

3:25 PM  
Blogger MZ said...

dak ramping. sakit den serupa ngan sakit din beramboi yang dah allahyarham itew.
oranje pasti menang!!!

3:28 PM  
Blogger Kujie said...

he he he...'sakit otak' yg orang faham tu tak de sapa nak mengaku pakcik.

10:06 PM  
Blogger Yatt said...

pakcik makan ubat ok. jgn dogil2.

9:22 AM  
Anonymous Anonymous said...

kesian pakcik elangovan. tapi nani rasa org lain yg kuar tu lagi kesian - takde common sense ke? mana ada org mengaku gila? ceh.

8:32 PM  

Post a Comment

<< Home