Ini Bukan Pertama Kali ...
atas sebab-sebab yang pak cik sendiri tidak tahu, pak cik pernah di ajukan dengan persoalan cinta. soal hati. soal perasaan. soal harapan. soal membuat keputusan. yang mana atau siapa yang berhak di beri peluang? banyak kali juga. semenjak selepas menduduki peperiksaan spm lagi.
maka pak cik pun tanpa berat sebelah akan memberi pendapatan pak cik yang tidak seberapa. mungkin tidak seberapa atau sehebat para sarjana ilmuan, tapi itulah yang terbaik dan ikhlas dari pak cik. walaupun pak cik sedar, sesetengah nya melibatkan kepentingan dan soal hati pak cik sendiri juga.
nasehat terbaik yang pak cik selalu beri .. "kau tinggalkan je lah jantan tak berguna tu". bukan sekali. banyak kali pak cik nasihat begini. bukan pada seorang. bukan dua orang. dah banyak orang (*orang feremfuan lah*). antara nya ... si isteri yang sering di pukul suami. si isteri yang di abaikan suami yang berpoya-poya. si dara yang mengharapkan cinta si uda yang buat2 bodoh dan tidak mengerti. si dara yang cintanya di permainkan si uda.
seperti yang pak cik jangka, nasehat pak cik itu adalah ibarat mencurahkan air di daun keladi. masuk tinger kanan keluar tinger kiri. bagai anjing menyalak bukit. bagai bercakap pada dinding ... dan sebagainya. mereka masih bergantung kepada si lelaki-lelaki itu. masih mengharap. masih enggan melepaskan. masih memegang erat janji-janji sang lelaki.
pak cik tak pernah kecewa walaupun begitu. pak cik telah menunaikan tanggungjawab bila khidmat nasehat pak cik di perlukan. selebihnya terpulang lah kepada tuan empunya diri. kerana buruk dan baik nya mereka sendiri yang akan merasa dan memikul nya. dan pak cik juga memahami .. ini adalah soal hati dan harapan. soal impian dan igauan. soal takut dan berani membuat keputusan yang tidak di ketahui akibat dan natijahnya.
tidak ramai yang berani melepaskan sesuatu, khuatir akan mendapat sesuatu yang lebih buruk. takut untuk hidup sendirian jika di tinggalkan atau meninggalkan. walaupun hakikat nya, mana mungkin akan mendapat sesuatu yang lebih baik jika yang buruk enggan di buang? mengapa menafikan hakikat yang kini memang sendirian, si dia sudah jauh di hati walau dekat di mata.
kepada semua ... moga berjaya. sentiasa lah ikhlas dalam segala perkara.
.
"ini bukan pertama kali, aku telah jatuh hati. ini bukan pertama kali, aku menyeksa diri."
4 Comments:
Tidak pada saya pakcik, keputusan saya tetap dan tak berganjak sehingga ke hari ini. Walau si dia sanggup datang dari jauh beratus2 kilometer keputusan saya tetap sama kerana hati yang berkali2 disakiti ini telah kebal, tak merasai apa2 lagi.
Yang lepas tetap saya lepaskan, dan saya teruskan hidup saya untuk diri saya.
Lagi pun saya dah jumpa pesona hati saya yang lebih macho...nanti saya bawa pakcik jejalan ye..:D
owh .. sonok nya dpt dok seblah org bwk jenjalan :D
*psstt .. pstt .. x jawab lagi soklan pak cik .. lagu saper tu?* :p
makasih ye lelaki budiman krn bagi nasihat mcm ni...oooo..... baiknya...
kujie. pak cik cakap direct jek kenkadang. tak selindung2 dah :D
Post a Comment
<< Home