highlight ...
masa mesyuarat satu ari di SOGO, tuan rumah membawa kami untuk makan tengahari d restoran jepun. kami duduk d dalam 2 buah bilik yang bersambung ... jumlah kami terlalu besar untuk satu bilik yang boleh memuatkan sepuluh orang.
dah lama gak tak makan makanan jepun yang ekslusif sedemikian. set lunch ... ikan. tiga jenis sushi ikan. pas tu ada sekor ikan goreng macam goreng kicap. termasuk sekor udang yang besau. shedap. tuan rumah lak banjer sake ... sib baik pak cik tak minum. :D
pak cik memang suka makan makanan jepun. especially nasik dia yang wangi dan macam pulut skit. tapi skrg ni pak cik makan sikit jek nasik dia. makan nasi banyak2 tak elok untuk kesihatan.
pagi sabtu pak cik bertolak balik ke kampung di Melaka, untuk bertemu ayah dan bonda yang berkamoung d sana mengerjakan tanah getah, projek tanam semula. pak cik cuba2 tolong gali lubang nak buat pagar ... abis melecet tapak tangan pak cik. baru lubang ke tiga tu, terus berhenti balik umah rehat. :D
yang pak cik nak sebut sini adalah ... mak pak cik memasak. dah lama rasanya tak merasa masakan bonda pak cik. setelah tugas tersebut di serahkan kepada kekanda-kekanda pak cik.
ari sabtu tu .. bonda pak cik masak asam pedas ikan apa ntah .. macam ikan senangin atau ikan kembung. dengan ikan tenggiri masak lemak kunen dengan sayur maman. leleh air liur ... sib baik pak cik cecepat balun ...
ari esok nya bonda memasak daging lembu di hiris halus masak kunen bersayurkan pisang muda atau putik pisang. daging salai juga turut terhidang. bini pak cik makan tak hengat dunia dua ari ni. pak cik gak kontrol macho kat meja makan. :D tsk tsk tsk
satu rahmat juga kekanda pak cik tak ikut pulang ke kampung kali ni ...
.
"when you're gone ... every pieces of me are missing you ..." really?
2 Comments:
pak cik....Sayur Maman tu apa pakcik? Buat le entri resepi lauk-pauk yang bonda pakcik masak tu...huhuhuhhu....Sedap sangat bunyi nyer hehehehehe
sayur maman? payah aaa ank citer :p dia kene show & tell baru bleh ;)) hik hik hik
resepi? umak aii .. tu pak cik kene berdiri seblah bonda baru bleh 'tangkap' resepi nya :p
Post a Comment
<< Home