Aku Sorang Mat Rock ... epilog.
sejak melangkah ke sekolah menengah dan tinggal d asrama, pak cik belajar mengenali muzik rock. bermula dengan kumpulan scorpion dan perlahan-lahan kepada kumpulan-kumpulan muzik lain. tanpa di sedari pak cik mulai memakai pahaman mat rock. dan salah satu nya adalah dengan memilih untuk tidak bercinta. "no cintan" kunun nya.
itu mungkin juga di pengaruhi oleh pelbagai faktor. mungkin kerana sekolah pak cik sumer nya pelajar lelaki. mungkin di sebabkan pak cik ni pemalu. mungkin juga ada sebab-sebab lain yang pak cik tak sedari.
di sebabkan itu juga, pak cik kurang berminat ke arah itu. bukan nya tiada perasaan itu. ada ... tapi pak cik lebih ke arah untuk tidak melayani nya. kalau layan pun tidak lah bersungguh. namun mimpi dan impian untuk hidup bahagia tetap segar dalam harapan yang berbunga di hati.
di sekolah menengah, ada yang minat, pak cik buat tak tahu dan cuba untuk tidak mengendahkan. ada juga yang pak cik minat, tapi cukuplah sekadar pak cik menunjukkan minat. untuk mengejar nya ... tidak sama sekali. justeru itu siapalah yang sudi dengan seorang mat rock yang berpakaian tidak senonoh, berperangai dan berbahasa kasar.
berseluar 'boot cut', bersepatukan kasut separuh boot nike, berbajukan kemeja 'western' pak cik teruskan ketika melangkah ke sekolah tinggi mara. pahaman rock masih kental. malah telah berubah ke arah heavy metal atau muzik2 thrash. *bukan trash ya!*
tak sampai sebulan, pak cik menerima sekeping kad ucapan yang comel "bolehkah kita berkenalan? bolehkah menjadi adik angkat?". beberapa hari kemudian, pak cik membalas nya dengan kad yang hampir serupa comel "tak mengapalah. tak payah lah". bukankah si dia dan pak cik satu 'intake'. masakan sesuai menjadi adik dan abang angkat? ntah2 si dia lagi tua dari pak cik. abang angkat kunun. lagi pun pak cik berjanji pada diri sendiri, zaman sekolah sudah berlalu, zaman IPT ini pak cik berazam untuk merubah diri dan bergelpren akan cuba pak cik elak kan.
tanpa di duga si dia membalas .. "mentang2 belajar di kursus perakaunan dan saya hanya kursus perbankan, sumbung ya ..." begitulah antara kata-kata kecewa si dia.
pak cik yang blur dan tak tahu nak wat apa bertanya kepada kawan2 se rumah. apakah yang patut pak cik perbuat?
.. bersambung ...*
.
*kalo ada sambungan lah. :D hik hik hik
11 Comments:
pokcik,
sudikah berkenalan dgn saya?sy mau amik pokcik jadi ayah angkat saya,,,hiksss...supaya pokcik leh blanje sy madam kwan..
pak cik alergik ngan 'angkat2' nih. sebab sejarah menunjukkan .. nanti terangkat ;)) huhuhuhu
tp sy suke diangkat..maleh betui nk jalan..angkat ye pokcik..hikss..
bleh. kang pak cik angkat .. sat sat ... baper kilo tadi kata berat nya? 65 kg?
ayoooo....kite pn rock kapak gak dulu...lagu2 jiwang May, Lefthanded, Bloodshed, D'Febians ,Ella & the Boys, Rahim Maarof & Whitesteel dan SYJ.....Battle Of The Bands, Clash Of The Bands bagai tu arr pakcik...:p
pakai t-shirt dgn jaket Calvin Klein yg beli kt petaling street , ikat perut beli kasut La Gear kat Pertama Complex...muahahahaha....
husben sy , potong rambut panjang dia tu sbb nk g Konvo pastu bela lagi..pastu 1st time nk jumpa makbapa sy...dia potong rambut ...hahahahaha..skrg ni anak2 tgok pic dulu2 tu..pakat gelak !!
the only regrets that i have til now is unable to keep my hair long enuff. the most pun simpan 4 5 bulan masa tunggu result spm.
satu ari nanti, pak cik akan simpan panjang gak. harap2 untuk masa terdekat nih ...
harap2 pjg umo pakcik +100thn ke utk mencapai cita2 tu ye...aminnn....
:)
erk..pokcik nk simpan rambut..renti2 kan le pokcik...hikss..
juera. pe lak rentikan? :p :p :p
kujie. kalo umur 100+ simpan rambut panjang ok gak kan? kan kan? :)) muahahahaha *gelak cm pontianak*
mcm xcaye je cite pakcik nih... erk, pakcik mat rock ke... :p
;)) hek hek hek diya. nanti ada masa pak cik post sumer gamba2 pak cik ekk? :D
Post a Comment
<< Home