Monday, August 06, 2007

Kau Juga Kelkatu?

seorang pelacur tua
berkerekot di kaki lima
pakaian usang nan tipis
menampakkan kudis-kudis
bertaburan di badan.

hampir semua yang lalu lalang
memandang jijik
ada yang meludah
sambil mencerca
'padan muka! rasakan nasib mu sundal!'
termasuk antara mereka
pelacur-pelacur muda.

bukankah setiap insan
berhak untuk bahagia?
apakah bezanya
dengan si pelacur tua ini?

apakah kau benar-benar yakin
yang kau bukanlah
seorang pelacur di muka dunia ini?

.

"have mercy on their soul, show them the way, for they do not know" said the Prophet when Gibrael asked for the his command to crush the 'Taif youngsters.

7 Comments:

Blogger Jie said...

alamak......soklan!

kita kena yakin jgn was-was..huhuhu..

tpkan bg sy la...apa yg kita buat kat org..kita rasa kt org..kita pandang org..kita menilai org..sebenarnya itulah diri kita yg kita tak sedar...:)

11:10 AM  
Blogger zura lias said...

sy yakin sy bukan pelacur..xmo was-was bak kate kak jie..hihihi..kang jd syubhah plak..hikss..

12:34 PM  
Blogger Merakemas said...

((o_o))

Pokcik jenjalan kat mana tengok pelacur tua ni pokcik? Kena hantar rumah orang tua2 dia nih...... dah tepon Jabatan Kebajikan Masyarakat ke pokcik? Hehehehehe

10:37 PM  
Blogger IndahSakura said...

Kesian pelacur tua, hidup terumbang ambing di bawa arus dosa. Namun, masih adakah manusia yang sudi membimbing mereka?

8:13 AM  
Blogger MZ said...

kujie. betui tu .. betui tu.

juera. sometimes each one of us did sell their body soul for something, when they told a lies, deceit or use part or full of their body to gain something even to someone called a husband or wive.

merak. no need to go jenjalan. they are everywhere. sometimes in ourselves.

endah. sudikah dikau?

9:03 AM  
Blogger aria ayumi said...

pakcik nak melancong same diya x? :D

*harap maaf,soklan xde kaitan ngan entry* hihi

9:04 AM  
Blogger MZ said...

diya. melancong ke mana tu? nak nak nak! *tgh kumpul duit nih nak gi jenjalan ... destinasi nya nanti terpulang kepada ongkos yg terkumpul & teman seperlancongan* :D

1:40 PM  

Post a Comment

<< Home