Siaran Tertunda ..
pak cik minta maap sebab lama tak apdet ...
pak cik sebenarnya tak sehat sejak dua menjak ni. mungkin serentak dengan penyakit anak2 dan orang rumah pak cik. cuma pak cik malas nak amik obat. pak cik cuba lawan. akhirnya minggu ni dah tak tertahan, baru gi amik obat. dan terus cuti sakit 3 hari dari ari senin. tu pun pak cik dtg gak ke opis sebelah pagi. cuma semalam aje tak dtg opis sebab pak cik balik kampung di negeri sembilan. nek ngah, mak sedara sebelah orang rumah pak cik meninggal.
nek ngah ni isteri kepada Tok Ngah, bapak sedara. di panggil Tok Ngah atau Angah Datok sebab dia ni Tok Penghulu. dia somi isteri pergi melawat ke indonesia dalam satu rumbungan, ibu Syawal AF pun ada skalik. pergi ari senin. malam senin tu jugak Nek Ngah meninggal kat sana, serangan sakit jantung.
sumer orang terkejut sebab yang sakit jantung sebenarnya adalah si Tok Ngah ni. baru je lagi dia masuk hospital akibat stroke. mujur tader apa2 sangat. jadi orang pun tak sangka lah isterinya pulak yang pergi dulu. terpaksa lah di tangguhkan majlis pertunangan anaknya hujung minggu ni.
kol 6 petang semalam baru sampai jenazah beliau di rumah. jenazah sudah siapa di mandi dan di kapankan. jenazah di terbangkan dalam keranda melalui pesawat Garuda, di turunkan di pusat kargo MAS. sesampai di rumah terus di buka penutup keranda dan kapan di bahagian kepala untuk sanak sedara melihat dan mencium jenazah buat kali terakhir. kemudian cepat2 di semayangkan. hampir kol 7 petang jenazah di bawa ke tanah perkuburan untuk di semadikan.
semasa kapan di buka sempat lah pak cik tengok ... muka jenazah pucat sangat ... maklumlah allahyarhamah semasa hidup seorang yang berkulit cerah dan dah 48 jam meninggal dunia. tapi muka jenazah nampak tenang dan tersenyum. cuma pak cik tak brani nak tengok lama2. pak cik hanya berdiri standby kat situ untuk semayang dan angkat semula keranda ke van jenazah.
dah tengok orang mati pun tak tahu la kut pak cik dah insap ke blom ...
.
"would you know may name? if i see you in heaven?" ... eric clapton
8 Comments:
Salam tahziah utk keluarga...Al-Fatihah utk arwah.
Bapa mertua sy meninggal pun depan mata....pertama kali melihat...saat² akhir hidup seorang insan.
Syukur semuanya selesai...
tut tut..tepon bunyik.
owh. ada msg:
salam takziah to the family.
kujie & sayda. thanks.
al-fatihah utk nek ngah pokcik..n takziah utk pokcik sekeluarga..
p/s:kemslm kt shawal af ye pokcik..
juera. thanks. tapi nak kem salam kek shawal tu .. tak dapek pak cik do :p *membazer bogheh yo*
ermm pengalaman den..
melihat 2 kematian dalam jangka masa terdekat.
terlalu banyak rasanye yg perlu diperbaiki dalam diri ni..
pakcik, igt pesan diya okeh! :D
dak bulat. ekau yo la mudah yo insap ehh. den ni ha .. ontah la ...
diya. pak cik hengat pesan diya tu. pak cik amalkan insya'allah ... *shayang gak diya ngan pak cik ehh? ;)) huhuhu*
Post a Comment
<< Home