Monday, August 13, 2007

Aku Sorang Mat Rock ... Si Dia. Bahagian Tiga.

masuk semester ke tiga ... pak cik dan si dia bertambah rapat. saban hari atau malam pasti berjumpa. nak2 ada plak teman2 yang lain turut berkapel2. maksud pak cik rakan2 serumah pak cik. cuma bezanya mereka ni memang betul2 berkapel. pak cik masih lagi adik dan abang angkat.


ada satu ketika, setelah habis kelas sesi pagi, pak cik berdikusi dengan rakan sekelas, pelajar wanita. orang nya cantik juga. kulit putih, manis senyuman, bersopan santun dan baik budi pekerti. berasal dari kl. ada sowang kawan rapat pak cik memang tangkap lentok dengan budak nih. tapi apakan daya tangan bertepuk seblah. sambil berdiskusi kami melangkah berjalan bersama-sama ke arah dewan makan lelaki dan dan ke hostel pelajar wanita (arah yang sama) dalam kelompok pelajar2 sekelas yang lain juga. diskusi dan perbualan kami cukup mesra. tanpa pak cik sedari si dia terlihat 'adegan' ini dan merasa cemburu.

malam nya tika bertemu, si dia memperlihatkan rasa kurang senang nya dan perasaan cemburu nya pada pak cik. puas jugak pak cik memujuk. tapi jauh di sudut hati batu pak cik, pesal lak si dia nak jeles? pertama2 nya si dia dengan pak cik bukan nya berkapel. kedua2 nya .. pak cik dengan rakan sekelas pak cik itu bukan ada apa2 pun. pak cik pun tak brani nak rapat dengan dia, sebab rasa hormat kepada rakan rapat pak cik yang 'berminatkan' budak tu. namun pak cik biarkan permasalahan ini berlalu begitu saja. malas nak layan.

masuk semester ke empat, tetiba si dia mengajukan soklan cepumas yang tidak di sangka2. si dia mahu status pak cik di tukar taraf 'lebeh' dari abang angkat. terkezut bapak badak jugak pak cik (terpinjam kata2 darai rakan blogger).


pak cik bertanya pada si dia, bukan kah si dia sudah mempunyai pacar? "dia tak bagi pakai tudung ...." jawab si dia. pendek cerita ... bermula lah episod baru. tiada lagi kisah adik angkat dan abang angkat.


pengajian pak cik berjalan lancar. walopun masih liat nak ulangkaji, pak cik masih boleh mendapat keputusan yang bleh di kira ok. tapi jeles gak ketika ada rakan2 serumah yang lain mendapat 'sijil dekan'. tapai dah malas kan ... nak wat camner. telan je lah air liur.


ketika itu pak cik adalah drum major. mengepalai unit brass band. satu unit yang tidak berada di bawah penguasaan mana2 komander 'katak hijau' melainkan pak cik sorang :D. dia orang pun tak brani kaco pak cik. pak cik bleh hendel sumer nya tanpa sebarang campurtangan sesiapa melainkan guru muzik. bab2 kawad pak cik leh hendel. tapi sebab tu jugak pak cik terpanggil dan terheret masuk kejohanan pandu arah di hutan mana ntah dah lupa dan pertandingan kawad di sekolah tinggi mara dungun. tak pasal2 kene. dah ler tak pernah di beri sebarang kursus kawad ke apa. pandai2 pak cik sendrik. sib baik menang pertandingan pandu arah. sampai pegawai tinggi tu tanya 'macam mana ko bleh menang?' :D tengok kaki lah kan .. kan kan. sebenar nya pak cik aktif dalam kadet masa sekolah dulu. banyak lah juga gambar2 nya. sampai anak2 pak cik tanya ..." ayah dulu keje askar?"

.

"i'am going home. to the place i belong .." if only we have a place call home.

5 Comments:

Blogger zura lias said...

pokcik..pokcik tau tak sape bgtau sidia pokcik jln sesame dgn kawan rapat pokcik tu?saye le..ahhahahhahah..*gelak jahat*

11:28 AM  
Blogger MZ said...

pe lak ... si dia nampak sendrik aa. dorm dia seblah jalan yang pak cik lalui tu :p *got nothing to hide*

11:50 AM  
Blogger zura lias said...

pokcik..die sebenarnnye xtau..sy bgtau die..lari2 pegi dorm bgtau sidia..hikss...*itu cerite bukan kisah benar*...hikss

12:18 PM  
Blogger MZ said...

tu pak cik tau. si dia tak nampak sebenarnya. tp dorm mates dier nampak dulu terus kecoh2 panggey dier :p

12:22 PM  
Blogger Merakemas said...

pak cik, dah tu pakcik tawen tak ngan di dia tu? Lama sesangat nak dapat penghujung cerita pakcik nih.... Ni dah masuk bab lain lak.... cerita ngan si Dia dah tergantung tengah-tengah..... suspen ahhhhh.... cerita le lagi pak cik.....

11:05 PM  

Post a Comment

<< Home