Aku Sorang Mat Rock ... Si Dia.
pak cik pernah nampak si dia sebenarnya. sekilas lalu. si dia memasuki kelas pak cik dengan maksud menemui rakan nya yang juga sekelas dengan pak cik. pak cik yang pemalu tidak melihat kearahnya melainkan sepandang lalu. pandangan itu sahaja yang di benarkan? tanpa di sedari pak cik sebenarnya telah mendapat reputasi di kalangan rakan2 wanita. reputasi apakah itu pak cik sendiri tak sedar. reputasi pemalu mungkin? manakan tidak, melihat wajah mereka pun cukup payah sekali. walaupun dalam sesi berdikusi duduk di kerusi di dalam bulatan kecil, pak cik lebih banyak melihat kebawah, ke buku catatan.
sebenarnya kesemua nya ini berlaku begitu pantas. pak cik pun dalam proses mengadaptasi diri ke tempat baru, rakan2 baru, suasana pembelajaran baru yang cukup berbeza dari suasana persekolahan dan pelbagai lagi. dan kali ini pak cik cukup jauh dari keluarga, di tempat yang cukup asing dari segi cuaca, loghat percakapan, makanan dan sebagainya.
2 minggu sesi suaikenal juga begitu banyak pengalaman. cuba memahami dan mempelajari segala selok belok asrama, kampus, pembelajaran dalam tempoh masa 2 minggu siang dan malam memang meletihkan. pengalaman mengepalai barisan pelajar lelaki ke hostel, ke kampus dan ke dewan makan sambil melagukan nasyid juga cukup menyesakkan. tiba2 di pilih mengetuai barisan pelajar2 membaca ikrar dalam sesi penutup minggu suai kenal, juga amat mengerikan. pak cik masih cuba untuk jadik 'low propail'. cuba bersungguh2. walaupun ketika sesi mengintroduksi 'kadet' dan ketika mereka menjemput pelajar2 baru untuk sesi demontrasi, pak cik cukup terpanggil untuk memperlihatkan kebolehan pak cik untuk berkawad dan memberi arahan kawad, ingin juga menunjukkan betapa hebatnya bekas pelajar sekolah lama pak cik, namun pak cik memilih untuk meyimpan kuku pak cik. simpan elok2. jangan nak tunjuk terrer kat tempat orang.
mendapat kad ucapan untuk berkenalan adalah sesuatu yang pak cik tak pernah terpikirkan. mendapat kad balasan yang sebegitu rupa juga adalah di luar jangkauan. justeru itu pak cik manyampaikan persetujuan pak cik melalui poswoman a.k.a. orang tengah untuk berjumpa.
waktunya, ketika habis sesi pembelajaran sebelah pagi, 'lunch break'. tempat nya, di kampus di bawah 'payung cendawan' yang banyak terdapat di luar bangunan kelas.
si dia sudah menunggu pak cik. berbaju kurung moden. memakai tudung ala2 skarf yang menutup penuh kepala dan leher sahaja dan juga sebahagian kecil bahu. angin kencang meniup tudung si dia berkibar bagaikan bendera. justeru itu pak cik terpandang sebahagian bahu si dia yang terdedah. bersama tali bra berkaler itam di kedua2 bahu. 'gulp ... ' pak cik telan air liur.
si dia berkulit putih. bibir nya tebal tapi kecik monggel kaya dengan senyuman. hidung nya sesuatu yang lain. mancung tidak mancung. penyek tidak penyek. lebih kepada bentuk bulat. sesuai terletak di tengah dua pipi yang montel. pipi yang kemerah-merahan. dahi nya sedikit luas. begitu juga dagunya yang memperlihatkan bentuk muka yang bulat. kulit muka tidak lah licin dengan sedikit kesan2 jerawat. pada pak cik, si dia sudah cukup cantik. walaupun ada rakan serumah mengatakan tidak. samada dia berlawak atau pun tidak. samada dia sendiri mempunyai standard yang tinggi, itu tidak pak cik pedulikan.
'assalamualaikum' pak cik ucap kepada si dia untuk memulakan perbualan. saspens gak ni. ntah apa yang pak cik bualkan dengan si dia. tidak lah lama. kemudian kami berjalan bersama-sama seiring sejalan. menuju ke hostel si dia. kebetulan dewan makan pak cik terletak di pintu hostel pelajar perempuan.
dari hari itu, bermula lah episod adik dan abang angkat. di perantauan. manakala si dia adalah orang tempatan. di sebuah negeri di panggil 'serambi mekah'.
.
"live to tell"
9 Comments:
ooo pakcik..agak2 la kan
si dia tu sy kot :p
baru nk jln p dewan makan dh entry sekerat page skrin pc ni.......byk lagi la tu....nk kena tunggu nie
;p
isk ... ada ke plak cenggitu? :p si dia tu dah ilang lama dah ...
pakcik de. klako ah entry nih. pakcik dl skool kat ne? cepat gitau diya. nak gi selongkar skool lame pakcik. huhu. kot2 lah jumpa si dia :p
ala ... kan dah cakap :p sekulah tinggi mara, kem kijang :p
eh ... shilaps ... Institute Of Thrash Metal aaaa ;)) huhuhu
pokcik,
ciri-ciri sidia ade persamaan tak dgn sy?mane tau..sylah anak sidia..hahahaha
ceh ... si dia ngan pak cik sebaya. baru umur 29 tawon. juera kan dah berumur 26 tawon :p
mana lak dtg nya anak :p
pokcik..nape tambahkan umur sy setahun??waaaa...lom 26 la pokcik..hukss...18 baru..
whoaaaa ... swit 18 ekk? :p geget kang aaaaaa :p
Post a Comment
<< Home