Monday, August 20, 2007

Peduli Apa.

hujan lebat sungguh malam tadi
kilat sabung menyabung
guruh berdentam dentum
angin ribut berderu
memukul segalanya berantakan.

si tua yang kedinginan
menarik kepala lutut ke dada
memeluk betis dan tulang keting
bergulung cuba menghangatkan badan
bergelut untuk melelapkan mata
merehatkan badan yang terlalu keletihan
helaian suratkhabar yang menjadi selimut
telah lama berterbangan entah ke mana.

suria yang terbit pagi ini
warga kota yang bergegas dengan urusan
si tua terketar menyelongkar tempat sampah
mencari rezeki sesuap nasi tanpa mengetahui
3 hari lagi ajal nya kan tiba.

si tua tidak peduli apa-apa
hidup nya kini
adalah kerana dia dayus
untuk mengambil nyawa nya
sendiri.

.

" and the old man here is me ..." james hetfield, Metallica.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home