Tuesday, October 23, 2007

Yang Sebenar nya ... I Miss You Terribly : The Poem.

Malam Tiada Bulan.

kau tahu
tiada bulan malam ini
tapi masih kau
mendongak dan menjeling
ke awan.

kau tahu
masa yang telah berlalu
tak kan dapat kau putar kembali
tapi masih kau
mengimbau dan mengenang
memori itu.

kau tahu
dia telah lama tiada
jauh meninggalkan kau pergi
tapi masih kau
melewati tempat-tempat kamu
pernah bersama.

kau tahu
air mata hanya menyuburkan
cinta sebelah tangan serta duka
tapi masih kau
mengukir bait-bait kasih dan
menangis rindu.

kau tahu
kisah ini kisah duka
kau terseksa penuh lara
tapi masih kau
enggan melepaskan dia
dari hati mu.

- 1st Syawal. Versi Panjang.
- when i miss her terribly.

5 Comments:

Blogger inah said...

syahdu je baca poem ni =(

1:28 PM  
Blogger zura lias said...

erkk..pokcik..jgn rindu sy sgt..sian lak sy tgk pokcik..hahahahaha

12:32 AM  
Blogger MZ said...

inah. syahdu syahdan ekk?

juera. :p

9:05 AM  
Blogger orked said...

tell me do u miss me?

:)

4:24 PM  
Blogger MZ said...

dearorked.ariaripakcikbukaorkedmohsin.bs.com tau.

4:39 PM  

Post a Comment

<< Home