Meh Mengomel Skit!
anak - ayid suka bila hari raya. ayid dpt banyak duit org bagi.
anak - ayah suka tak bila hari raya?
ayah - tak suka!
anak - kenapa?
ayah - sebab ayah kene bagi ngko duit! :)) muahahahaha
.
pak cik kebingungan skit dengan kes liwat DSAI yang terbaru ini. marah pun ada. pak cik marah pada DSAI sendiri, parti politiknya, orang2 kerajaan, para2 pemimpin kerajaan, mamat yg kunun nya kene liwat itu, sumer org lah.
udah la ekonomi tak baper nak bagus. suasana politik harus di suramkan lagi? geleng kepala pak cik dengar menteri2 yang bagi komen. macam macam!
segalanya mengingatkan pak cik kepada krisis kewangan dan ekonomi pada tahun 1996/1997. kita sebenarnya belum benar2 bangun dari kejatuhan tahun itu. ekonomi kita masih lemah. lebih2 lagi jika dibandingkan dengan negara2 jiran. apatah lagi dengan negara yang dahulunya meminjam dari Bank Dunia dan IMF. justeru itu pak cik tertanya2 apakah benar tindakan kita dahulu untuk tidak meminjam dari IMF?
kita gagal menarik FDI (foreign direct investment) di mana kadar FDI kita sangat rendah jika di bandingkan dengan negara2 jiran. kenapa? beberapa perkara asas sebenarnya gagal di atasi oleh kerajaan. antaranya dakwaan bahawa kerajaan kita yg tidak telus dan sistem perundangan yang tidak bebas dan lemah.
para pelabur asing yang dana mereka tersekat di dalam malaysia sekian lama berikutan keputusan kerajaan untuk menetapkan kadar tukaran matawang ringgit malaysia hanya kepada USD pada satu kadar tetap (RM3.50?) dan larangan membawa keluar matawang RM, mereka masih belum merupakan perkara tersebut. tuduhan mereka bahawa malaysia 'is in the state of denial'. tuduhan mereka bahawa sistem perundangan kita korup dan dipengaruhi oleh kerajaan. tuduhan mereka bahawa sistem perundangan kita lemah dan lembab. apakah yang telah di lakukan untuk memenangi hati mereka kembali?
jika kepentigan peribadi di dahului dari kepentingan rakyat dan negara. jika rakyat pun hidup membabi buta. beginilah kita selamanya ...
errr .. terpanjang lak pak cik mengumpat nih. berhenti la dulu minum kupi ngan makan ubi kayu bakar ...
5 Comments:
fomula yang orang politik guna pakai sama ada bila merancang sesuatu tindakan mahu pun untuk mengalihkan perhatian pada keadaan perit yang kita alami skrg. Fomula ini memang berkesan. Seperti filem² Tamil... berduyun² orang pergi tengok untuk melupakan realiti hidup sebenar...
Orang politik nie macam bebudak..men tuduh2..xnak ngaku..gaduhh2..dengki2...ehhehe...letih ar...nk join mkn ubi kayu..sbb pokcik x blanje kenny rogers lg.. :(
kujie. jgn sebut citer tamil nih. pak cik minat tau :)) ekekekeke
juera. meh la. sodap ehh ubi kayu bakar pak cik nih. makana masa dia panas2 cicah mo gulo merah .. umang aaiiii sodap ehh!
pakcik, this one, memang tak pahammm, i seriously dont get it!
pakcik .. pakcik rasa anwar meliwat lagi ke .. ?
saya rasa cam x je ...
saya rasa mamat tuh tak betol la pakcik .. mamat yg kata diri dia kena liwat ...
tah ler
saya x paham politik
cuba nak paham tapi tak paham
ape boleh buat ..
taik kambing bulat bulat
Post a Comment
<< Home