Friday, March 06, 2009

Hantu Kau!!!!

siapa tak takut hantu atau makhluk2 yang seangkatan dengan nya? pak cik pun takuttttt ... tetapi pak cik beranikan hati. teruskan langkah. banyak perkara yang orang takut buat pak cik selamba je buat. muka dan perbuatan yang selamba. tapi dalam hati ... Allah sahaja yang tahu. abis segala doa dan ayat2 suci di baca.

petua pak cik mudah sahaja. iaitu menerusi pemahaman pak cik tentang kejadian makhluk. sebelum manusia di cipta, Allah terlebih telah mencipta roh Nabi Muhammad saw. daripada roh baginda, di ciptakan roh2 manusia yang lain nya. kesimpulannya adalah ... roh manusia adalah suci dan kudus. syaitan iblis tak mampu untuk merasuk dan menguasai roh manusia.

akan tetapi, semakin kotor hati manusia ini, ia menjadi rapuh dan mudah tergugat oleh perasaan takut dan perkara-perkara yang bukan2. perkara yang sama tertakluk kepada pak cik.

kejadian manusia di rasuk biasa pak cik lihat. malah adik pak cik sendiri pernah terkena badi lembu. kejadian berlaku selepas lembu di sembelih untuk korban. kemudian di katakan lembu itu di pelihara oleh tuan nya dengan melepaskan ia bebas berkeliaran satu kampung dan masuk keluar hutan belukar. mungkin dari itu lembu tersebut telah di 'duduki' oleh sesuatu makhluk.

yang paling tak seronok nya ketika di bawa adik pak cik ke klinik, apabila doktor India tersebut gagal mengesan apa2 sebab memungkin adik pak cik pengsan tak sedarkan diri ... mula lah doktor itu membuat pelbagai spekulasi yang tak sedap di dengar. susah juga kalau orang perempuan ini tak sehat ya. ada pulak prejudis dan prasangka nya.

mungkin doktor itu boleh di gelar sebagai 'hantu' ...

.

salam hujung minggu semua. selamat menyambut Maulidur Rasul!

2 Comments:

Blogger Jie said...

Salam Maulidur Rasul Pakcik.

Hari -hari tengok cerita hantu kat tv, blog pakcik pun cerita hantu ye...takutttttttnya

dah le dok sorangĀ²...

8:22 PM  
Blogger IamYonna said...

err..
double meaning ke ni pakcik?

i miss u pakcik!! heee

5:10 PM  

Post a Comment

<< Home