Wednesday, August 18, 2010

Sejenak.


Melayu & Islam

mungkin pak cik pernah memperkatakan perihal ini. tetapi tak pe lah. ulang tayang sedikit. astro pun secara sengaja tabiat dia ulang tayang rancangan2 nya entah kali ke berapa.

waktu berbuka, cuba jengah ke luar rumah. perasankah bahawa dunia menjadi senyap dan sunyi sepi. mungkin yang kedengaran hanyalah sayup-sayup bunyi pinggan mangkuk menari dengan sudu dan garfu. hampir setengah jam kemudian nya, barulah dunia kembali gegak gempita.

siapa kata orang melayu tidak berkuasa? tidak berpengaruh? orang-orang melayu masih ramai. masih majoriti di negara ini. tindak tanduk orang melayu masih memberikan natijah yang besar kepada kawasan perumahan, pekan, bandar, negeri dan negara ini. kata-kata orang melayu masih berbisa.

cuma ada sedikit muslihat di situ. ramai tak bererti jika tidak bersatu. mungkin ada sebahagian orang-orang melayu tadi tidak berpuasa. tapi di waktu berbuka semua sekali akan turut serta 'berbuka'. jika tidak nampak sangat lah memonteng!

hanya melalui Islam orang-orang melayu akan bersatu. hanya dengan bersatu orang-orang melayu akan mempunyai kuasa.

gah kah orang melayu tanpa Islam? yang pasti, Islam tetap akan gemilang tanpa orang melayu!

Majority Rule!!!!

sudah tiga masjid dan surau pak cik pergi untuk sembahyang tarawih setakat ini. kesemuanya sekarang hanya membuat 8 rakaat. bukan lagi 21 rakaat yang mereka biasa buat di tahun-tahun yang lalu. kenapakah?

adakah kerana ramai yang keluar meninggalkan saf-saf selepas 8 rakaat meninggal kan surau dan masjid lenggang? (termasuk pak cik :) ) bukankah masih ada yang tinggal untuk menunaikan 21 rakaat? jadi lah walaupun sedikit.

agak malang dalam menunaikan perkara yang baik, golongan sedikit terpaksa akur dengan golongan yang besar walaupun perubahan itu mendatangkan lebih manfaat buat mereka.

masih perlu di ingat dalam hal-hal dasar, majoriti tak akan mampu mengubah apa-apa hukum di dalam Islam. jangan lah silap di situ. tiada kuasa majoriti di dalam Islam dalam hal-hal hukum yang telah di tetapkan oleh al-quran, hadis dan ulama-ulama.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home