Friday, June 08, 2007

Apdet Terkini.

A'kum wb.
8th June, 2007
22 JamadilAwal, 1428

Minta maaf sebab tak apdet lama. pak cik sedikit bizi berlari ke sana sini, ke hospital sg. buloh, rumah ibu&ayah, opis, kedai, restoran, hospital kl, kedai obat, dan memacam lagi. sebelum ayah di bedah ari rabu sempat lah jugak pak cik berinternet cuma tak sempat nak apdet. pada hari ayah pak cik di bedah, bersamaan ari rabu 6 Jun 2007, pak cik pun berkampung di HKL. malam tadi baru balik ke rumah. pengalam dan cabaran menjaga ayah pak cik terutama ketika dia baru keluar dari bilik bedah, amat mencabar hati dan minda. tak perlulah pak cik cerita secara mendalam di sini. alhamdulillah, ayah pak cik beransur pulih, demam nya sudah kebah, sakit ghout nya sudah reda sedikit, sudah nampak ceria. cuma ibu pak cik masih kurang sihat. tempohari pun ibu pak cik keluar dari hospital atas permintaan nya sendiri. nampak nya pak cik kena bawak ibu pak cik sekali lagi ke klinik dan juga ke Bangi untuk perubatan islam.

hari ni terpaksa masuk ke opis. dah banyak ari pak cik cuti. masa cuti dulu pun cuma datang ke opis pun untuk menandatangani dokumen. operasi harian masih perlu di pantau dan di selia. report-report masih perlu di baca dan di analisa sebelum di hantar ke pihak pengurusan. urusan-urusan dengan pihak ketiga pun perlu di lihat semula.
diri pak cik pula ... serabut nih. tapi terpaksa lah di kendalikan segala urusan satu demi satu. ikut turutan masa dan kepentingan.
kesihatan pak cik ... alhamdulillah, masih ok. cuma sedikit penat secara fizikal dan mental. bab2 makan pun ... walau tak selera sumbat jek apa2 ke anak tekak. kalau tak nanti jatuh sakit pula. lagi haru biru.
soal hati pula ... lupakan jelah. apa yang tersurat dan tersirat, biarkan sahaja berlaku. bahagia atau derita, masih perlu meneruskan perjalanan hidup. tanggungjawab masih perlu di lunaskan. bulan dan bintang, onak dan mawar, jatuh ke riba atau tidak, biarlah masa yang menentukan.
pic. : Tears_on_My_Pillow_by_kedralynn @ deviantart.com

7 Comments:

Blogger sd. said...

masalah hati still ke?
why ni?
mmm...

9:31 AM  
Blogger MZ said...

ader ... mesti ader selagi punyai hati dan perasaan ;)) huhuhu *pernah mencuba untuk tidak punya hati ... tapi tak tergamak plak :(*

10:38 AM  
Blogger Leon said...

salam

ikut hari mati
ikut rasa binasa

1:43 PM  
Blogger ME said...

SORRY to hear abt your mom n dad but doa saya buat mereka agar kembali sihat sejahtera. Doa anak yang soleh pasti dimakbulkan tuhan... Mintalah

2:46 PM  
Blogger aria ayumi said...

alahai... sowi pakcik.. diya bising ngat suh pakcik muncul... xtau plak pakcik sibuk banget... *tahu, tp buat2 xtahu sbnrnya...:p*

anyway, hope ayah ngan mak pakcik beransur sihat, better, better n better... amin...

5:48 PM  
Blogger MZ said...

dak oked .. betui tu. betui tu ;)) huhuhu.

lynna. thanks a lot :).

dak diya. tau gak :p. anyway thanks a lot. *bila nak mai sini nih? nak cubit pipi dier tu ;)) huhuhu*

10:33 AM  
Blogger aria ayumi said...

kan diya dh ckp.. klw diya pi sane pun xkan bitau pakcik nye... nnt xpsl2 pipiku jadik mangsa... hehe... kite jumpa dlm mimpi je ah pakcik ye... *plus mmg diya ade termimpi pakcik, muahaha xtau le nape pakcik sesat dlm mimpi tu! :p*

11:15 PM  

Post a Comment

<< Home