Thursday, June 14, 2007

Dahulu & Sekarang.

dahulu, pak cik dan adik pak cik amat rapat. adik pak cik hanya setahun lebih muda dari pak cik. kami bagaikan pasangan kembar. ke mana sahaja berdua. ke hutan, ke sungai, ke belukar, ke kolam, ke padang, kami akan kelihatan berdua. apa sahaja yang kami buat juga akan berdua, makan, mandi, merayau, bermain, bergaduh dan sebagainya.
tapi kini kami amat renggang. sejak pak cik bersekolah menengah dan tinggal di asrama manakala adik pak cik tinggal bersama-sama ayah dan bonda. masa demi masa, perhubungan kami menjadi kurang mesra separti dulu. hinggalah kini apabila berjumpa kami amay payah untuk menutur patah-patah kata bualan. lebih kepada angguk dan gerak bahasa badan.
"kenapa begitu? dulu amat rapat" tanya isteri pak cik kepada pak cik setelah mendengar cerita tentang keakraban kami dua beradik dahulu dari mulut orang tua pak cik.
pak cik hanya senyap membisu seribu bahasa.
masa merubah segala.

10 Comments:

Blogger Orked said...

abis nk wat lagu mana.........dah pakcik senyap membisu seribu bahasa...leh la mcm murai dicabut ekor!

btw.. thanks for ur kindness...dah baik dah sikit nie...

8:41 PM  
Blogger aria ayumi said...

dlm ms yg singkat pun manusia boleh berubah... apetah lagik bile masa berlalu lebih lame... kenangan pakcik rapat dgn adik pakcik tu dh jadik satu sejarah yg tak akan berulang... tapi, tak mustahil utk berulang lagi... :)

11:14 PM  
Blogger MZ said...

kujie. alhamdulillah. jgn monteng lak makan obat. nanti kene injek lagi ;))huhuhu

diya .. memang tak mustahil tapi mcm payahhhhh jek.

8:23 AM  
Blogger zura lias said...

xper le pokcik..kalo dh x rapat..meh rapat dengan saye meh..pokcik anggap je sy mcm anak pokcik..hikss

9:16 AM  
Blogger MZ said...

mcm anak pok cik ekk? meh shini meh ... nak rotan montot dier .. slalu lambat gi opis nih ...

9:30 AM  
Blogger sd. said...

exactly as wat happen to me n my sis skang. xtau nk borak pe. dulu mcm belangkas.

sigh*

12:46 PM  
Anonymous Anonymous said...

Salam Pokcik,

Betul tu, masa dan keadaan boleh merubah segalanya.

Kalau dulu kita seorang yang periang, mungkin kini dah jadi seorang yg pendiam.

Segalanya Mungkin ~ seperti tajuk lagu Headwind :)

2:23 PM  
Blogger zura lias said...

nk rotan montot??xmo..xmo..rotan kt tapak kaki le..keras cikit...hikss..

2:35 PM  
Blogger MZ said...

sayda. heppen to u as well ek? pak cik is not alone then ;))huhuhuhu *takziah sayda ...*

endah. benar ... segalanya mungkin. tapi mungkin kah camar akan pulang juga akhirnya *mcm lagu camar headwind*

juera. rotan kat telapak kaki lagi la sakit :p. x per x per. pak cik cubet je nak? nak nak?

2:53 PM  
Blogger zura lias said...

haa..nk cubit..cubit pelan2 ek..kang terlebey awal lak gie keje..lg keajaiban tu..hikss..

1:57 AM  

Post a Comment

<< Home