Sunday, June 10, 2007

Munger & Aku.

dak diya tag pak cik. tapi kan .. kan kan .. pak cik tak faham tag tu pasal apa. tapi pak cik antam je lah. kalu silaps pak cik minta maap ...

sebenarnya ... pak cik tader munger feveret. akan tetapi nama2 munger berikut selalu bertakhta di hati pak cik.

1. daffodil - sebab pak cik suka lagu The Cranberries yang sama tajuk nya.
2. tulip - sebab salah satu karya novel Arena Wati bertajuk 'Kuntum Tulip Biru' *salah satu dari trilogi novel beliau* yang tersangat lah pak cik suka dan minat.
3. mawar - tak kira apa kaler nyer janji yang berkelopak besar2 tu. bukan kelopak yang kecik2. sebab munger ni memang lah chantek :D
4. munger matahari - sebab dier cantik dan dar kecik munger ni memang femes masuk dlm tv, dalam buku teks dan memacam lagi.

lagi satu, saper tahu munger melor mcm mana ghuper nyer?

pak cik amik kesempatan nih nak bubuh dua kuntum sajak hasil karya pak cik tentang munger *nak bubuh gambar malas lak. tader masa ....*


Kau BungaKu.

kau bunga indah berseri
telah ku petik dan ku sunting
ku semat di dalam hati
di situ ku harap kau mekar mewangi
menemani sepanjang langkah ku
semerbak mu turut mengharumi
tiap daerah yang aku lewati.


Kau Bukan BungaKu.

tidak akan aku petik
kuntuman bunga indah
kalau hanya sekadar
menjadi hiasan di kamar
tidak kan lama ia akan layu
lalu dilempar sebagai sampah.

biarlah kau kekal mekar dipohon mu
cantik menghiasi untuk semua
harum mu kan semerbak seluruh taman
jika layu kau pun tampak megah
setelah kering kelopak mu kan bertaburan
bersemadi di kelilingi bunga-bunga indah.

- Jumaat, 14 April 2006 -

4 Comments:

Blogger Orked said...

Bila saja kau mengenaliku
lantunlah mata hatimu
bukan mata kepalamu

lihatlah
apa yang disebalik segala sesuatu
bagaikan kau melihat sekuntum mawar
yang berkelopak banyak itu
lantunkan lah penglihatan tajammu
beserta mata hatimu pancaindera batinmu
agar dapat kau melihat
disebalik segala kelopak kelopak
mawar yang tercontoh itu

bahawa disebalik kelopak
yang terdekat
dan satu itu
ada banyak lagi kelopak kelopak
yang tidak terlihat pada pandangan dan sudut tertentu

bahawa disebalik kelopak kelopak yang berbeza
dan banyak itu
ada sudut ada ruang rahsia
yang darinya datang kewangian
kemanisan sebuah rasa
manisan madu yang hanya pandai di hidu
oleh makhluk yang keistimewaannya
mencari rahsia itu

bahawa seperti kuntum mawar itu
begitu jugalah kau dan aku
insan yang terkadang
disalah fahamkan
yang tersalah hitungkan
yang tersalah mengertikan
bagaikan mawar yang tercontoh itu
kecantikana bunga
bukanlah sekadar pada kelopaknya
kebaikan manusia pun
tiadalah pada rupa parasnya

terhadapmu , sayang
akan ku hitung segala kelopak
duri
daun
kuntum kuntum putik yang belum berkembang
juga madu dan manisan
yang tersimpan terahsia dari pandangan

suka sgt puisi ini, pemberian seseorg 2 thn lepas..skrg ada kat sitebar blog Kak Long....

9:00 AM  
Blogger sd. said...

owh pokcik.mamat munger plak ke?
heheh

njoy d sunday~

11:39 AM  
Blogger MZ said...

kujie. mak aiii ... panjang nyaaaaaaa :D anyway thanks.

sayda. ye la. bukan setakat mat bulan bintang :p :Dtsk tsk tsk

6:30 PM  
Blogger aria ayumi said...

mekaseh pakcik jwb tagged diya... ;)

pakcik, diya ade search bunga melor yg pakcik tanya tu... adehhh.. xde pun gambo die... *bunga tahi ayam ade plak*...yg ade pun bunga telor... hehe

9:36 AM  

Post a Comment

<< Home