Thursday, November 15, 2007

Halwa Tekak.

pak cik dah lama tak sehat sebenarnya. dah berminggu. flu yang menyerang pak cik masih kukuh bertahan menakluk kesihatan pak cik. seiring dengan itu, seperti org yang dah nak mati agak nya, selera pak cik mula lah macam orang perempuan yang mengandung. gatal nak makan itu. gatal nak makan ini. cuma pak cik bernasib baik .. kemaruk makan pak cik itu tidak lah seteruk mana. dan pak cik hanya tergerak untuk memasak sendrik.
justeru itu pak cik kembali memulakan aktiviti memasak. sedikit demi sedikit.
dua tiga hari lepas, pak cik gi kedai runcit seperti biasa. terpandang lak udang harimau dan udang yang besar2 tu. terasa gatal tekak nak makan. pak cik pun pilih dalam 10 ekor, bayar harga dia balik rumah terus masak. goreng ngan garlic butter. pas tu campak hirisan bawang besar ngan bawang putih.
malam tadi ingat nak masak. setelah balik shopping dari giant beli daging ngan salad, pak cik terus ke dapur. tetiba lampu dapur lak terkelip-kelip macam lampu disko. terbantut cecita pak cik.
petang tadi pak cik balik awal. selepas menonton citer dragon ball, pak cik pun ke dapur memasak. hasil nya ... sebiji telur goreng mata kerbau, telor dadar, sup daging dan daging goreng lada hitam. lepas mengemas dapur, terus makan anak beranak.
kalau rajin malam nanti, pak cik akan masak puding roti ngan coklat krimnya. dah lama tak buat. feveret anak pak cik si 'ayid tu.
pas ni kene mula balik selak2 resepi2 yang simpel2 dan mudah2. dan kene blaja lagi mcm mana nak carik bahan2 memasak yang pelik2 nama nya.
esok nak masak apa lak ekk? nak cuba lah buat nasi goreng cina di bungkus dengan telur .. macam telor bistik tu?
jadik tak jadik blakang citer. janji mesti mencuba.

9 Comments:

Blogger aria ayumi said...

ececece pakcik memasak tuh! masak utk diya skalik bleh? diya nak masakan jepun. huhu dh lama xmakan. :p

2:16 AM  
Blogger MZ said...

masakan jepun?? berehhhh!! bisa d atur :D

8:47 AM  
Blogger MOLY said...

jangan lupa makan ubat
:D

nasi goreng cina dibungkus telur tuh bukan ke namanya nasi goreng pattaya ??

hehehe ...

12:17 PM  
Blogger Orked said...

apa kata hntr kt rumah saya sikit....boleh la sy cop SIRIMnya...:p


rehat, byk minum air suam ye...

2:36 PM  
Blogger MZ said...

a'ah lili. lupa lah .. nasi pattaya kut nama nya :D

kujie. jauh bebeno rumah nya nak di anta. nanti abih di pertengahan jalan je ;)) huhuhu

2:48 PM  
Blogger zura lias said...

erkk..pokcik..nk rase puding roti pokcik..hikss..;))...

12:33 AM  
Blogger MZ said...

juera..meh shini pak cik shuapkan :D

6:33 PM  
Blogger Inah said...

nak rasa gakkkkk..adeh pokcik ni sgt terer masak upanya =)

3:08 PM  
Blogger MZ said...

err .. inah. manader terrer :D

7:16 PM  

Post a Comment

<< Home