Friday, November 09, 2007

Retro : Preludium II.

bila mata enggan lena
waktu berlalu berhengsot-hengsot
seiring mata yang terkebil-kebil
.
jika mata dipejam
waktu yang berdetik satu-satu
bergema dan bergaung
di lubuk hati
yang sepi
.
aku rindu
.

words by mz ; 02/03/07.

Narrative :
secara tidak sengaja, beberapa bulan lalu, ehem ehem terbaca blog pak cik. dan ehem ehem pernah menyuarakan mengapa tiada posting mengenai beliau? mengapa tiada sajak terhasil untuk nya?
pak cik hanya senyum sahaja.
kadang-kadang sesetengah perkara adalah lebih baik tidak terucap. walaupun pak cik tak tahu adakah itu yang terbaik? tidak mengucapkan apa yang tersirat di lubuk hati.
bait-bait kata-kata di atas sebenarnya adalah untuk ehem ehem. waktu yang sama pak cik melagukan lagu Take That's 'Patience' di dalam hati.
pak cik tak tahu samada ehem ehem dapat membaca entri ini atau tidak. pada beliau, pak cik minta maaf, banyak yang tersimpan di dalam hati dan tak terucap. bukan maksud pak cik untuk menyembunyikan apa-apa, tapi ntah lah. panjang citernya ...

original entry :

9 Comments:

Blogger zura lias said...

entry untuk ehem..ehem je ke?untuk shaye xde ke pokcik..waaaaa..:((:((

12:59 AM  
Blogger sd. said...

cantik si dia. ;)

7:14 PM  
Blogger Inah said...

lawanya ehem ehem pokcik =)

10:22 PM  
Blogger MZ said...

juera. tuan tanah tak bagi gambo mcm mana nak letak? :p

sayda & inah. tu bukan gambar ehem ehem. :D *jgn shilaps laks*

1:03 AM  
Anonymous Anonymous said...

Pokcik dok tgh merindu ehem ehem rupanya..bertuahnya sidia tu :)

9:39 AM  
Blogger aria ayumi said...

ehem ehem tu diya ke pakcik? aisehh. pakcik ni de, jgn la bitau sume org psl kite. hahaha

11:23 PM  
Anonymous Anonymous said...

ehem ehem...pakcik kalo jumpa dr sakit pakcik tu, bgtau eh....nak jumpa gakk....hahahaha

1:59 AM  
Blogger MZ said...

dak endah. ehem ehem dah tader dah.

diya. aisehhh .. pesal tak cakap awal2 ;)) huhuhu

azra ... kita jumpa dua worang mata bertentang mata dah la ya :D tsk tsk tsk

12:54 PM  
Blogger Orked said...

Menyesal krn tidak cakap lebih baik dari menyesal krn TERcakap...:p

Kdng² ada perkara tak mudah dilafazkan dan sukar dikongsi dgn org lain kerana tiada perkataan yg dapat menggambarkan secara tepat perasaan kita.

2:33 PM  

Post a Comment

<< Home