Thursday, December 13, 2007

Di Musim Tengkujuh Ini. Bahagian Dua.

hujan lebat di pedalaman
air sungai mengalir deras
menuju ke kuala.

airmata yang tumpah di pipi
meruntun hati yang pasrah
berserah pada ketentuan.

ros merah dan bunga kemboja
melitup tanah pusara yang basah
aku masih berteleku di sisi.

gelak tawa gurau senda
tinggal sebagai kenangan dan memori
saat sepi bermula kini.

.

"in the mournful silence i wept"

4 Comments:

Blogger aria ayumi said...

err... blh tanya tak pakcik... tanah pusara sape?

2:43 PM  
Blogger zura lias said...

pokcik..tanah pusara sape?*ayat same maksud..tp pusing2 sikit dari diya*..

7:27 PM  
Blogger arsaili said...

salam..sapa yg ditangisi pergi?

9:29 PM  
Blogger GoD's~sLaVe said...

adoi..!

3:58 PM  

Post a Comment

<< Home