Wednesday, May 28, 2008

Dulu & Sekarang. Bhgn 1.


dulu-dulu, semasa pak cik bersekolah rendah, darjah 6, umur pak cik lebeh kurang 12 tahun, pak cik memang terpesona dengan karismatik Perdana Menteri kita ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir.

pak cik pun mulalah membaca segala berita, rencana, cerita tentang beliau. gambar2 beliau dan yang berkaitan dengan beliau dalam keratan akhbar dan majalah pun pak cik gunting dan kumpul. pendek kata, dah minat bebeno lah.

beliau di lahirkan di Kedah, dari keluarga mamak. bapak nya seorang guru besar. dalam adik beradik nya di katakan beliau seorang sahaja yang tidak gelap. ketika sekolah beliau ada juga menolong keluarga berniaga goreng pisang.

beliau adalah salah seorang di dalam kumpulan pertama pelajar melayu mempelajari jurusan kedoktoran di universiti malaya ketika itu di singapura. dr siti hasmah juga adalah salah seorang di dalam kumpulan ini. beliau ada membuka klinik di pekan alor star kalo tak silap bernama 'Maha Klinik'. banyak juga memberi perkhidmatan percuma kepada pesakit2 yang miskin. beliau ada juga membuka klinik di pulau langkawi khabar nya. 'sumpahan mahsuri' rasanya telah menarik perhatian beliau ke langkawi.

tidak di nafikan beliau seorang yang cerdik dan bijaksana, pintar merancang strategi, tegas dan berkarisma dalam mentadbir negara. peringkat awal politik beliau termasuk lah mencabar dan mengkritik kepimpian tunku abdul rahman dan menerbitkan buku kontoversi 'the malay dilemma'. terbukti pemikiran beliau ketika itu amat kritikal tentang cara kehidupan, arah pemikiran dan kebudayaan melayu termasuklah institusi raja-raja. kesemua nya akhirnya di translasi kan ketika beliau memegang tampuk pemerintahan.

namun demikian sedikit demi sedikit minat dan kepesonaan pak cik terhadap beliau luntur justeru dari tindakan dan pendapat yang beliau lontarkan terhadap perjuangan PAS secara khusus dan islam secara general. terdapat beberapa pendapat beliau yang pada pak cik amat dangkal dan tidak berasas. pada pak cik itu adalah natijah jika menuntut dan mempelari islam hanya dari membaca buku2 tanpa mendapat penjelasan dan tunjuk ajar dari ilmuwan islam itu sendiri. kemuncaknya apabila beliau mengeluarkan komen tentang sunnah rasulullah berjanggut ketika beliau memecat datuk seri anwar ibrahim, tidak di ketahui motif dan tujuan nya, tetapi komen itu di lihat dan memperlihatkan sebagai mencaci rasulullah saw. para ulama dan sekalian umat islam yang cintakan rasulullah saw pun bangkit mencaci beliau, termasuk lah tokoh sasterawan negara shahnon ahmad yang menulis novel memaki beliau.

dulu2 memang pak cik hormat dan minat kepada beliau. tetapi sekarang ini, tiada lagi minat dan hormat. tiada juga kebencian. pada pak cik beliau adalah contoh di mana manusia itu walau sebijak manapun tetap tak akan dapat menguasai semua ilmu. ada tahap dan bahagian nya manusia itu akan jadi bodoh dan kurang bijak. lumrah alam ...
.

* berdasarkan memori2 dan ingatan pak cik yang kabur2.

4 Comments:

Blogger zura lias said...

dari segi ketegasan, saya masih respek dgn Dr Mahathir..di caci..di maki..tp keputusan die x penah berubah...cume die x balance..org mule memberontak bile die pecat anwar tanpa reason munasarawak..

Tp mesti die dh sedarkan..org2 yg sebelum nie sokong ape die ckp..bile die dh xde kuasa,lebur semuenye..paklah kene beringt tu..;)..

Bila kuasa lebih..iman kurang..jadi le gelap mata...

*pendapat saya*

2:37 PM  
Blogger aria ayumi said...

adehh. tergeliat diya baca neh - munasarawak. mula2 blurr. rupanya word tu seangkatan dgn muna-sabah. hehehe.

err.. Dr M? diya kagum dgn beliau satu je, beliau seorg yg berpandangan jauh... :)

3:02 PM  
Blogger Inah said...

cakap siang pandang2..mana tau silap2 ade SB :D

ketegasan Tun mmg x dapat ditandingi but he is the one who put Malaysia setanding ngan negara lain di Asia Tenggara..sebelum ni people ramai tau singapore n thailand saje..malaysia seolah2 hilang di mata dunia

well..inah x benci..x juga memuja..hanya melihat dari jauh :D

saya neutral :D

3:40 PM  
Anonymous Anonymous said...

hmmmmmmmmmmmmmmmm...no comments...... ;)

9:47 PM  

Post a Comment

<< Home