Thursday, June 05, 2008

Chaotic life we live in ...

huru hara jap dunia semalam. semua berpusu-pusu menyerbu stesen minyak. tak kiralah stesen minyak cap ayam ka atau sebesar reban ayam ka, semua kene serbu. laulintas berdekatan stesen minyak sumer nya sesak. pagi ni pak cik nak gi isi minyak, ada gak stesen minyak yang kehabisan minyak. punyalah dasyat penangan huru hara malam tadi.

seperti biasa pak cik menongkah arus. tak kuasa bersama-sama bersesak2. walaupun minyak di tangki tinggal sedikit. walaupun pak cik kene gi kuala selangor malam tadi.

apalah guna nak berjimat untuk semalam sahaja sedangkan musibat kenaikan yang tinggi untuk jangkasama yang entah sampai bila?

tahniah pak cik ucapkan kepada pemangkah2 parti kerajaan persekutuan yang memerintah sekarang ini. anda juga sudah memberi kedaulatan kepada pemimpin tak panjang akal ini untuk menaikkan harga minyak. sekali gus menaikkan harga barangan dan perkhidmatan yang lain.

yang pasti bila persekolahan di buka semula minggu depan, harga perkhidmatan bas sekolah akan naik. barang2 makanan di kantin sekolah samada akan naik harga atau berkurangan kuantitinya atau kualitinya. maka janganlah harap sangat anak2 sekolah mencapai keputusan peperiksaan yang gemilang, terbilang dan cemerlang!

tahniah sekali lagi kepada kerajaan yang tak mampu memikirkan cara2 yang lebih baik bagi menangani kenaikan harga minyak dunia walaupun kita sebenarnya negara pengeluar minyak. adakah petronas sudah bankrap? kalo tidak cubalah telus dan tulus dengan membuka akaun petronas untuk tatapan awam. ada berani?
.

jawaban terbaik adalah 'work harder!'. nak harapkan org lain bantu? perut depa lagi besaq aiihhh ...

4 Comments:

Blogger Jie said...

Samalah saya, walau pun tahu saya tak sanggup nak berkejar² mengisi minyak sedangkan tanki saya memang dah hampir E.

Saya tak mahu penyelesaian jangka pendek (mmg pendek pun, lebih pendek dari baju anak2 gadis kita yang nampak pungkOk tu... hehehe ).

Mmg harga minyak meningkat..memang itu semua org tahu tetapi kenapa Pak Lah boleh cakap mlm tadi..jgn bandingkan dgn Brunei..Brunei lain...

Apa lainnya...dia ada minyak ,kita pun ada..tapi dia gunakan utk rakyat...sedangkan kita sumber milik rakyat digunakan utk sesetengah orang saja...ada org bisng...cakap memang harga minyak naik, wat pe nak bising...isshhhh..dia tu tak faham isu..

Isunya org yg kita gajikan utk mengurus takbir harta KITA gagal menguruskan dgn baik.

6:07 PM  
Blogger zura lias said...

pokcik,sy dpt isi minyak,walaupun beratur panjang tp maybe pakcik polisi sayangkan saya, dia kasi saya laluan untuk isi cepat..xde syarat kene blanje die ke..ape ke..die ikhlas kasik laluan..hikss...

Tapi,xleh imagine lepas nie..ekonomi ade problem besar..dgn politik Malaysia yang tak stabil..hope ade 1 rombakan besar-besaran dari sesiapa yg berkenaan..misi menyelamatkan rakyat malaysia..:D

11:13 AM  
Blogger MZ said...

kujie. itu lah testament nya. tapi hampeh depa nak ngaku.

juera. apa? si pipit ader skendel ngan pak polisi? isk isk isk .. leh dpt diskaun utk saman tak? :)) hik hik hik

11:50 AM  
Blogger MOLY said...

pakcik .. kite sempat gak la isi minyak mlm tuh. sib baik kejap

tp masalah kenaikan harga x kan berhenti takat nih je ..

sebelum nih masalah minyak masak .. lepas tuh beras .. skang nih minyak keta .. x lama lagi pulak elektrik

ntah apa lagi akan naik ..
taraf hidup rakyat malaysia bukan makin lama makin baik dibuatnya, makin nak melingkupkan aje

7:15 PM  

Post a Comment

<< Home