Wednesday, June 04, 2008

Mengejar Pelangi.

buat diya
yang berlari-lari di pelangi
sudah puas bermain warna
jangan lupa turun kembali.
maafkan pak cik tak terkejar
kaki dan lutut ini bukan lagi muda
juga berat sebeban dosa yang terpikul
nanti jatuh ke tanah terus mati
tak sempat pula hendak taubat.
bulan puasa pun tak lama lagi
bukankah kita berjanji kan ketemu
selepas hening berlalu di pagi raya?
.

tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan*

*rangkap dan bait2 pantun yang cukup femes masa sekulah dahulu.

5 Comments:

Blogger Inah said...

buat diya je??hehehe..buat inah x dok??lalalalala

10:26 PM  
Blogger zura lias said...

diya je??majuk ahhh....:D

9:01 AM  
Blogger Jie said...

diya Posted: Mar 3 2005, 03:10 PM

Teratak pantun kita berjumpa,
Semoga persahabatan terjalin hendaknya.
moga segala masalah yg menimpa,
dapat diharungi dengan jayanya…


moga Diya masih ingat...

10:37 AM  
Blogger MZ said...

buat inah dan juera yg dekat di mata .. meh sini meh. pak cik polok n shium :p

kujie. dun wori. she'll be fine :D *ameeeennnnnn*

11:52 AM  
Anonymous Anonymous said...

to mama >>> hehehe diya ingat lagi mama... pantun tak best diya tuh... ekekeke.

to pakcik >>> thanks pakcik... u hv my heart. ahaks :p

1:21 PM  

Post a Comment

<< Home