Friday, August 15, 2008

NegaraKu.

aktiviti tetap pak cik sekarang ni adalah dok depan tivi tengok olimpik. alang2 payah nak tido tengok je olimpik sampai kol 3 4 pagi.
cukup seronok menonton para athlit malaysia bertanding. rasa bangga setiap kali pengulas di tivi menyebut nama malaysia. cuma sekarang ni tak sabar2 nak tengok athlit malaysia menang emas dan lagu negaraku berkumandang sambil bendera malaysia di naik kan. peluang paling cerah adalah menerusi lee chong wei. sekarang beliau sudah berada dalam kedudukan pingat gangsa sekurang-kurang nya. berdasarkan prestasi semasa, peluang beliau adalah cerah untuk masuk ke final dan memenangi emas. mudah2an beliau berjaya.
athlit2 malaysia yang lain2 nya yang telah bertanding setakat ini sudah gagal menerusi cabaran mereka. kebanyakan nya berjaya membaharui rekod terbaik mereka sebelum ini. itu sudah di lihat sebagai suatu kejayaan. walaupun sebenarnya athlit kita sepatutnya mempunyai objektif dan matlamat yang lebih tinggi. sebagai contoh .. memecah rekod dunia. kalau orang lain boleh mengapa kita tak boleh?
kebetulan bulan ini bulan merdeka. mari kita suburkan lagi semangat patriotik kita.

* dengar citer kalo menang emas dapat sejuta hengget. rugi pak cik tak bertanding! :)) muahahahaha
** bangga jugak tengok kelibat misbun sidek di tepi gelanggang. idola pak cik gak tu ;)) huhuhuhu
*** epi wiken all. be hepi n be safe!

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

pakcik, diya suka tgk sukan angkat berat!! agagaga. bukan diya gatal okeh. tapi, diya tak tahan nak gelak bila tgk ekspresi muka diorg bila angkat berat. mcm nak meneran pun ada. huhu

1:55 PM  

Post a Comment

<< Home