Aku Sorang Mat Rock ... Si Dia. Bahagian Empat.
semester ke empat adalah semester terakhir kami di sekolah tinggi mara di pantai timur. kerna di sana tidak menyediakan pengajian tahun akhir. maka kami akan di tukarkan ke sekolah tinggi mara segamat. justeru itu, semester terakhir di kampus itu dan di tambah lagi dengan bulan ramadhan dan hari raya, amat terkesan kepada pelajar2 senior. termasuk lah pak cik dan si dia.
pengajian tahun akhir di tempat baru membuka lembaran baru kepada pak cik dan si dia. si dia, pertama kali berjauhan dari keluarga. pertama kali kami berdua benar benar terasing dan mempunyai masa yang lebih banyak untuk bersama.
kampus segamat ketika itu merupakan kampus baru, berkonsepkan kampus di dalam hutan. kawasan nya cukup luas di tengah-tengah hutan. hendak ke bandar agak sedikit payah. oleh kerana banyak meluangkan masa bersama-sama, sedikit demi sedikit pak cik hanyut di buai perasaan dan di lambung gelombang nafsu.
"nak cium ..." pinta pak cik kepada si dia.
"la ... pegang tangan pun tak pernah. ini kan nak cium" jawab si dia.
"tutup lah mata. nak cium ni" pinta pak cik lagi.
setelah si dia menutup mata, perlahan-lahan pak cik merapatkan diri. perlahan-lahan pak cik rendahkan kepala pak cik, menghampiri muka si dia. setelah rapat, perlahan-lahan pak cik labuhkan bibir pak cik, ke atas kepala si dia yang bertudung, berhenti seketika menghirup aroma si dia. perlahan-lahan pak cik angkat kepala.
"sayang dia" ujar pak cik kepada si dia yang tersenyum manja.
waktu yang berdetik dan berlalu, perlahan2 pak cik dan si dia menjadi alpa. di buai saat indah yang bergelora hangat. dan akhirnya bibir si dia pak cik kucup. dan langit yang di janjikan tidak selalu cerah, tetiba sahaja menjadi gelap gelita. angin ribut dan taufan datang melanda.
"you are a good kisser. bagaimana ya boleh begitu?" dengan suara yang tersekat-sekat pak cik bertanyakan kepada si dia. dan terbongkar lah segala cerita. si dia bukanlah gadis suci lagi.
pak cik bukanlah seorang malaikat. pak cik lebih kepada seorang yang nakal. kalau tidak sedikit mungkin banyak. segala kejahatan dan perkara buruk pak cik dah buat. akan tetapi sebagaimana yang pak cik berjanji pada diri sendiri, 3 perkara akan pak cik elakkan iaitu dadah, arak dan perempuan. salah satu sebab pak cik tak mahu berbuat jahat dengan perempuan ialah pak cik impikan seorang wanita yang baik budi dan luhur yang boleh membahagiakan pak cik. pak cik tak mahu di takdirkan mendapat kelapa yang telah di tebuk tupai.
justeru itu, pengakuan si dia cukup meranapkan hati pak cik. 3 hari pak cik menyendirikan diri. kelas juga pak cik ponteng. nak menangis air mata tak keluar. nak mengadu ... pada siapa yang boleh pak cik curahkan rahsia ini? sendirian lah pak cik menanggungnya ..
sebenarnya, sepanjang hubungan pak cik dengan si dia, kami kerap berbalah. si dia terlalu banyak berbeza dengan pak cik. akan tetapi pada setiap perbalahan, pak cik akan mengalah. sehingga pak cik pernah terfikir, hubungan ini tak akan menjadi akhirnya. satu hari nanti pasti akan terputus. tapi pak cik tetapkan, kalau pun putus, biarlah dia yang memutuskan nya. selagi mampu bersabar, pak cik akan terus menongkah arus mempertahankan hubungan ini.
si dia sebenarnya mengjangka kan pak cik akan meninggalkan nya. tapi keputusan pak cik adalah untuk menerima dia seadanya. sudah nasib badan begini jadi nya, terima saja lah, rasional pak cik dalam hati.
ada orang mengatakan, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. perlahan-lahan pak cik bertukar menjadi seorang yang jahat. maka sekufu lah jadinya pak cik untuk si dia. demikian lah pak cik menukarkan diri menjadi seorang kabaret. kain putih yang telah tercemar, bagaimana di basuh dan di berus sekali pun, cemar akan hilang namun keputihan tak akan kembali seperti yang asal. kesan cemar akan berkekalan. jika tidak pada mata, tapi pada hati dan ingatan. penyesalan tak berguna lagi. menangis lah air mata darah sekali pun. pak cik dah tak boleh berundur.
pelajaran juga turut menjadi mangsa. semakin terabai. dalam keadaan amarah pada takdir pak cik seakan-akan memberontak. mujurlah juga keputusan untuk semester itu tidak lah seteruk mana. akan tetapi, semester berikutnya, pelajaran terus terabai. keputusan peperiksaan menjunam jatuh ....
.
"demikian lah ranap cita-cita untuk menjadi anak yang soleh. hasutan iblis itu cukup halus. perlahan-lahan. hari demi hari. sedikit demi sedikit, terpesong sehingga akhirnya barulah tersedar, sudah jauh tersesat. hingga sukar mencari jalan pulang. dan sebenarnya pada ketika ini tiada sesiapa akan dapat membantu melainkan diri sendiri."
6 Comments:
Nggeeehhhh...best le ceta pakcik nih erk..... :D dah tu apa jadik pakcik..... Pakcik tawen tak ngan sidia? Hehehehe... sambung lagik pakcik yer.....
tu la sal.sambung g pokcik..ishh leh tak nak wat novel..ke ni hakcipta terpelihara ni :))
erkk...errkkk..rase mcm bace nobel lak...hikss..
oppppss..... dah episode 4 ni , ade adengan kena katup mata nie...oppsss.....
ni cite benar ke pakcik?
merak. sabar .. sabar :p
ustazah nughul. jgn! jgn ciplak! ;)) huhuhu
juera. bukan nobel lah. :p telenovela nih ;)) hik hik hik
kujie. ada lagi sambungan .. nak ke? :D
che sayda. yang tu biarlah resia ... ;)) huhuhuhu
Post a Comment
<< Home