Wednesday, July 16, 2008

ngomelan ...



pak cik hanya sempat menengok separuh sahaja debat malam tadi. silap timing plaks. sexcited juga nak tengok mcm mana persembahan mamat yang berani mencabar DSAI tu berdebat.

kesimpulan nya, menurut media massa, mamat tu menang. itulah silapnya mereka. sebarang perdebatan mestilah bertujuan untuk menegakkan kebenaran. bukan nya mencari kemenangan. sapa kisah sapa yang menang kalo rakyat masih hidup susah?

DSAI jelas memperkatakan masalah harga minyak dan ekonomi. walo apa pun beliau tetap tidak lari dari tajuk perdebatan itu sendiri. tapi mamat tu sibuk menyerang peribadi DSAI. apa ke hal nya?

pendek kata, pada pendapatan pak cik yang serba kekurangan ni ... bolehkah mamat tu di katakan menang sedangkan air liur berbuih di mulut sendiri pun dia tak prasan? macam org tua2 berkata ... jgn jadik mcm ayam jantan sibuk berkokok satu kampung, ekor sendiri berlumur najis pergilah basuh dulu.
.

bukan nya pak cik menyokong dsai. akan tetapi beliaulah orator terbaik yang negara kita pernah ada. selagi beliau masih hidup dan sehat walafiat, pak cik cuba lah saksikan beliau beraksi. pernah sekali pak cik lihat dengan mata sendiri beliau berucap dlm satu majlis makan malam dan teater di anjurkan DPMM suatu masa yang lama dahulu.

permasalahan pokoknya, apa yang DSAI cakapkan nampak relevan. penentang2 beliau? macam si ezam tu. jika terus di provokasi beliau akan mendedahkan satu rahsia besar DSAI dan PKR, ugut beliau. masalahnya, kalo rahsia itu benar, mengapa perlu di pendam dan hanya akan didedahkan bila beliau tersepit? bukankah rakyat perlu di beritahu? jadi, betul ke tak betul si mamat ezam tu?
.

kalau rindu. dua.

ada rindu
yang harus dipupuk dibelai
agar terus mekar mewangi.

ada rindu
yang perlu dibunuh terus
dilontar jauh lenyap ditelan masa.

*ada rindu
hanya harum segar sementara
sepanjang musim bunga
atau tengik seketika
bagai melepas kentut di pinggiran bukit.

*last para tu edisi nabil raja lawak.

3 Comments:

Blogger zura lias said...

saya pun x tgk debat semlm..tp tgk arie nie kt internet..sian le shabery tu..punye le attack org tu punye personal..dienye mulut berbuih x dpt tahan..tanda-tanda tu..hahahahaha

11:30 PM  
Blogger MOLY said...

ala pakcik, kita x dpt tgk la . keje ..

tapi kita suka part kentut tuh ..
nabil nabil ..

:P

8:18 PM  
Blogger MZ said...

juera. dia memang mcm tu .. daro azali lg agak nya ...

lili. :)) ekekekeke. letih tau jadik nabil. asik kentut jek ...

11:31 AM  

Post a Comment

<< Home