Thursday, December 04, 2008

u got brain or not?

pertama nya isu minyak.

bila nak naik harga minyak (petrol, diesel, lpg) dia main naik jek. bukan sedikit jumlah kenaikan nya. tiada pulak nak letak harga 'ceiling' atau pun harga atap. kalo pasaran harga minyak mentah naik mencecah langit, mencecah langit lah harga yang akan di bayar oleh rakyat malaysia.

tapi bila harga minyak mentah di pasaran dunia turun, teramatlah perlahan nya harga minyak untuk rakyat malaysia di turunkan. bahkan harga pasaran minyak mentah dunia sudah jatuh di bawah paras USD50 setong. lebih sekali ganda kurangnya bila harga minyak malaysia mula di naik kan. dan tetiba sahaja mereka ini hendak meletak harga 'floor' atau pun harga lantai. paras minima harga minyak ini hendak di turunkan. ewah .. banyak cantik.

peduli apa kalo kos pengeluaran minyak dan gas oleh petronas perlu di lindungi? kalo kos tinggi dari harga pasaran, tutup produksi dan belilah minyak dari luar negara. atau pun teruskan pengeluaran minyak dan simpan sebagai stok. beli minyak murah dari luar negara. atau mungkin ada cara-cara lain lagi.

tak kan itu rakyat marhain macam pak cik kene pikir kut?

kedua soal inflasi dan kenaikan harga barang.

bukan semua barangan dan servis di pengaruhi oleh harga minyak semata-mata. banyak faktor lain lagi. harga susu dan barangan keperluan lain lagi sememang nya sudah menaik secara beransur-ansur sejek sebelum harga minyak malaysia di naik kan! tak kan itu pihak kementerian pengguna takda data kut?

contoh terbaik .... bila myanmar di landa ribut harga beras naik mendadak. bukan sebab minyak bukan? tak kan hendak menunggu bencana alam melanda burma, thailand dan vietnam baru malaysia betul2 serius memfokuskan usaha ke arah pertanian? khusus nya tanaman padi dan yang lain?

contoh terbaik ... bila buat projek jalan, lebuharaya, lapangan terbang, sistem saliran untuk pertanian tidak di lindungi dan di kawal. oleh kerana tersumbat habis semua sawah bendang di tenggelami air banjir yang sepatutnya tidak berlaku? siapa mau jawab?

belum lagi soal pembalakan haram yang menghapus sumber air untuk para petani yang menyebabkan sekian banyak sawah terbiar di seluruh negara. jangan tanya agensi-agensi kerajaan lah. dia orang tiada fakta dan data pun. main tutup mata je. wat bodo.

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

erm...

erm...

pakcik ni ambil tahu psl byk benda ye. hehe. [komen xde kaitan lak :p ]

1:43 PM  
Blogger MZ said...

sowi aaa diya. sesi lepas geram nih! :)) muahahaha

1:48 PM  
Blogger Oren said...

pakcik, errr... harga minyak dah turu pun pakcik tak happy lagi? tak kira le slow atau tak, asalkan turun tu kira ok lah kan? lagipun saya rasa bagus gak ada harga lantai ni.. lagipun kerajaan dah bagi SUBSIDI dan REBET.. kita dah cukup bernasib baik pakcik. bila kita dah ada harga lantai, duit yg selebihnya bolehlah dibelanjakan ke arah lain. contohnya pembangunan pendidikan, ekonomi esp IKS dan membantu kontraktor melayu (yg kebanyakannya kelas F), sosial dan sebagainya. saya bukanlah penyokong kerajaan 100%, ada yg saya setuju.. ada gak yang saya berang.. oops, sorry pakcik.. sekadar memberi my 2cents opinion..

12:29 AM  

Post a Comment

<< Home